PAPAN TANDA MASJID : LUPA ATAU SENGAJA LUPA...?
>> 21 Mei 2011
Sejak beberapa hari ini, beberapa papan tanda baru telah ditegakkan di beberapa simpang masuk ke bandar Teluk Intan. Kewujudan papan-papan tanda tersebut mungkin sempena lawatan Sultan Perak yang akan merasmikan Bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pada minggu hadapan ini.
Ada beberapa papan tanda tersebut yang menunjukkan arah beberapa lokasi penting di bandar ini seperti Menara Condong, Pasar Besar, Arena Square, Terminal Intan dan sebagainya. Namun, bagaimana pihak MPTI boleh terlupa akan papan tanda arah Masjid Daerah Teluk Intan ? Adakah Masjid Daerah dikategorikan sebagai tempat yang kurang penting dan kurang menarik ?
Diharap pihak MPTI segera berbuat sesuatu agar papan tanda arah Masjid Daerah dapat diadakan seperti lokasi-lokasi yang lain kerana masjid adalah syiar Islam. Ia juga dapat memudahkan bagi orang Islam untuk menunaikan solat terutamanya bagi mereka yang baru tiba ke bandar Teluk Intan. Masih belum terlambat lagi. MPTI mampu mengubahnya...
Serlahkanlah keprihatinan kita kepada Islam.
intanhijau.blogspot.com
1 ulasan:
Mungkin mereka menganggap Papan Tanda Masjid itu tidak Penting kerana org.yg beriman n bertaqwa akan solat di mana mana saja bila sampai waktu nya.
Mengikut catitan arwah Atok(1963).,
Dgn berbekalkan kompas,sejadah.
Dia bersembahyang(subuh) di perkarangan Station Telok Anson,selepas saja turun dari keretapi.
Itu yg.kami merasa malu, jika Tidak jumpa Masjid/surau utk solat.
Catat Ulasan