GURU DISERU BERJUANG BERSAMA PAKATAN RAKYAT
>> 17 Mei 2011
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Muslimat PAS Pusat menyeru  guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan  perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab berkata, pihaknya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2011.
“Kepada semua yang bergelar pendidik yang terdiri daripada guru-guru  di sektor awam dan swasta di semua peringkat persekolahan, Pasti,  tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi  tinggi, kakitangan  pejabat-pejabat pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta  semua yang terlibat dengan profession perguruan,” ujarnya dalam satu  kenyataan.
Katanya, golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan  awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang  termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir.
Tambahnya, guru-guru berada di seluruh pelosok negara dan menjadi  nadi yang menghidupkan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan.
Menurutnya, mereka tekad menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi profesyen perguruan tanpa mengira dan mengenal penat-lelah.
“Mereka jugalah yang diamanahkan untuk mempersiapkan dan menyediakan  generasi pemimpin pelapis, yang berkebolehan dan berkeupayaan  menyumbang tenaga dan bakti untuk kesejahteraan ummah dan  ekonomi  negara di masa hadapan negara,” ujarnya. 
Oleh itu, tambahnya guru-guru mesti bersifat cekal dan anjal serta  istiqamah dan bertaqwa kerana proses pendidikan sambung-menyambung dalam  dunia yang semakin mencabar.
“Didiklah anak-bangsa tanpa mengira ras keturunan, insya Allah  pengorbanan dan khidmat bakti anda akan membuahkan hasil apabila Pakatan  Rakyat mengambil teraju kepimpinan negara di dalam PRU13 akan datang,”  katanya.
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada  guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat  martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai  menyertai profesyen perguruan.
Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, ‘Guru Penjana  Transformasi Pendidikan Negara’, Dewan Muslimat berharap ia bukan  transformasi retorik pemerintah BN Umno.
“PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi  pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan  negara dunia dan akhirat,” ujarnya.(harakahdaily)
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
1 ulasan:
Majoriti guru tetap bersama pakatan rakyat.Puak-puak pengampu di JPN dan KPM memanglah ramai menyokong UMNO-PORNO sebab nak cepat naik pangkat.Contohnya di Perak.Baru beberapa bulan jadi Pengarah dah dapat DATO'.Itulah kaki ampu dan kaki bodek namanya.Bezakan dengan Pengarah Pelajaran Perak yang dulu.Habuk pun takdak.Ngaapa???? sebab tak ampu pauk-puak UMNO-PORNO nih.Kesian kat dia......Tak apa..Apa ada pada gelaran.Mati nanti malaikat Mungkar-Nangkir pun tak tanya itu semua.
Catat Ulasan