MIMPI NGERI UMNO TELUK INTAN
>> 11 Mei 2011
MIMPI NGERI UMNO TELUK INTAN
Teluk Intan merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dalam  sejarah kewujudan Perak sebagai sebuah negeri yang bersultan. Sebelum  Kuala Kangsar menjadi Bandar Diraja, pada tahun 1528, di Teluk Intanlah  terletaknya istana Sultan Perak. Bagaimanapun, seperti di tempat-tempat  lain juga, di mana terletaknya bandar yang menempatkan istana sultan,  kawasan itu pasti akan diserbu oleh golongan pendatang. Apatah lagi  dengan kedatangan British pada tahun 1874, golongan imigran dibawa masuk  bagi menurunkan jumlah rakyat tempatan yang dilihat tidak mesra  British, terutama selepas pembunuhan J.W.W.W Birch di Pasir Salak.
Tinggalan sejarah itulah juga yang masih menaungi Teluk Intan  sehingga kini. Sekalipun Teluk Intan yang nama lamanya adalah Teluk Mak  Intan sebelum ditukar menjadi Teluk Anson tetapi ditukar kembali kepada  Teluk Intan merupakan pekan asal Melayu selepas Bandar Baru yang  terletak tidak jauh di seberang Sungai Perak, ditinggalkan akibat  serangan British, komposisi kaum di Teluk Intan menjadi duri dalam  daging.
Terdapat dua Parlimen di kawasan tersebut iaitu Parlimen Pasir Salak  dan Parlimen Teluk Intan. Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di  dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala  di Parlimen Teluk Intan, DUN ‘Melayu’ hanyalah Changkat Jong yang  mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India  27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan  majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India  14.13% dan kaum lain 0.09%.
Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga   kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. Dua DUN  di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah.  Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat  UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir  Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara  drastik pada tahun 2008 berbanding 2004.
Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir  Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan  Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi  pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar  boleh telan asap.
Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai,  sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris  Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah  pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad  (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.
Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa  aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata  ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong,  sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan  itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan  tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!
Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada  tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan  majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah  menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak  tinggi iaitu 410.
Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. Manakala  pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah.  Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung  tidak menggigit. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi  sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan  kawasan kubu kuat UMNO?
Apakah kerana lambakan beban tugas yang melampau kepada Idris Hashim  yang khabarnya mempunyai cerita menarik terutama status bangkrap, untuk  dilantik sebagai Pengerusi PNS, menyebabkan UMNO Teluk Intan dibenci?  Penggunaan dana PNS untuk politik peribadinya di dalam UMNO Teluk Intan,  juga banyak diperkatakan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri PNS di Teluk  Intan, menambahkan lagi cerita-cerita negatif tentang Idris Hashim.  Bahkan pembayaran zakat PNS yang beribu pejabat di PWTC dikhabarkan  dilakukan di Teluk Intan. Malah cerita terbaru tentang serbuan SPRM  selepas mendapat laporan yang ‘accurate’ bagi perbelanjaan yang LUAR  BIASA PNS, memberikan impak yang sangat negatif kepada Idris Hashim.  Paling menarik ialah cerita tentang pengubahsuaian bilik pejabat  Pengerusi termasuklah bilik air peribadinya menjangkau perbelanjaan yang  sangat luar biasa.
Berdasarkan cerita-cerita yang begitu meluas, timbullah pertanyaan  sama ada UMNO Teluk Intan mampu menawan Changkat Jong. Atau Changkat  Jong akan terus berada di tangan PAS seperti sekarang kerana masalah  Ketua Bahagian Teluk Intan yang tidak berkesudahan?SUMBER: PERAKTODAY.COM
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
4 ulasan:
Alhamdulillah...semoga hancur umno di kampung bahagia tu...kirim salam kat usop bidun dan ucapan tahniah kerna dah dpt cucu haram.
kITA SURUH CUCU DIA SUMPAH LAKNAT DULU.. JANGAN TUDUH JER.. TAPI BAGI SAYA MEMANGPUN BAPA BOREK TENTU ANAK RINTIK..TAKBIR..
puak umno akan buat ape sajer nak rampas changkat jong... teruskan perjuangan YB Hj Anuar.. Kami akan bersamamu..
salam laknat kepada kamu,
anak haram pun anak jugak...
ada ke orang usik telor bapak ko ke?
hidup lah kau dgn dunia hijau putih kau
macam mana pun kau tak dapat memerintah malaysia pun...
Catat Ulasan