ANAK MUDA PERLU BANGKIT...! - KETUA PEMUDA PAS PUSAT
>> 02 Jun 2011
SHAH ALAM, 2 Jun - Dewan Pemuda PAS berperanan mendukung perjuangan PAS di samping melakukan pembaharuan menyeru dan memulakan langkah menyeru kebangkitan anak muda ke arah wajah baru Malaysia.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata dalam ucapan tema Muktamar DPPP berkat,"Generasi muda pada masa kini yang merupakan tunjang peradabaan Malaysia akan datang perlu berpegang kepada prinsip Islam dan menjunjung nilai kemanusiaan sejagat."
Generasi muda perlu mempersiakan diri dengan memurnikan perjuangan selari dengan tuntuan al-Quran dan as-Sunnah bagi melakar wajah Malaysia baru yang sejahtera, adil, saksama dan keredhaan Allah.
Secara umum katanya, golongan anak muda bakal menjadi gandingn DPPP bagi menerokai kebangkitan di Malaysia adalah mereka yang lahir selepas tahun 1972 hingga 1994 yang mana mewakili 30 peratus daripada jumlah 28 juta penduduk Malaysia.
"Merujuk kepada proses urbanisasi, tidak sampai 38 peratus generasi muda yang berada di bandar dan tidak sampai 14 peratus berada dalam kategori pengurusan dan professional iaitu hampir 80 peratus berpendidikan SPM ke bawah,
"Sebahagian besar dari mereka boleh dikategorikan sebagai golongan yang tersisih dari mengecapi hasil pembangunan negara melainkan kalangan nepotis dan kroni pemimpin Barisan Nasional (BN)."
Keadaan ini katanya menunjukkan runtuhnya nilai keperibadian dan menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah ekoran sikap kerajaan Malaysia membangunkan keperibadian generasi muda umpama melepaskan batuk di tangga.
Justeru itu, DPP mengambil langkah seiring untuk memberi kesedaran bahawa generasi muda yang merupakan jentera utama kepada negara perlu diberi perhatian agar tidak disisihkan dengan melumpuhkan kebebasan bersuara selain daripada menjadikan mereka golongan yang bermodal.
2 ulasan:
Saya harap Ketua Pemuda Pas tidak seperti katak bawah tempurong,,hanya tau membangkang atau berdemontrasi tentang konsert sahaja. Malu rasanya nak jadi Pemuda Pas semenjak Salahuddin Ayub lepas jawatan.. lagi satu..tak perlu lah guna "al Tantawi" nampak extreme pulak..
Tantawi seru anak muda bangkit untuk apa? Untuk sertai Pemuda UMNO? Selaku anak Pahang,Tantawi tak berani pun nak buat demo kad Lynas.Hampeh punya Ketua Pemuda PAS.
Catat Ulasan