SUMBANGAN KEPADA MANGSA RUMAH TERBAKAR DI KG. TERENGGANU
>> 12 Jun 2011
TELUK INTAN, 12 Jun - Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah positif dengan menggumpulkan pakaian terpakai untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran di Kg. Terengganu baru-baru ini.
Pengerusi Lujnah Kebajikan, Hj. Akram bersama muslimat sibuk membungkus pakaian. |
Kotak-kotak pakaian dimasukkan ke dalam lori oleh Unit Amal. |
Pengerusinya Hj. Mohammad Akram bin Mohd. Ayub berkata, selaras dengan hasrat PAS mempromosikan Negara Berkebajikan, usaha ini dilihat sebagai satu bukti bantuan dihulurkan kepada yang yang memerlukan tanpa mengira sempadan politik. majlis penyampaian pakaian ini akan dadakan dalam tempoh masa terdekat ini insyallah, katanya.
Kebakaran besar di Kg. Terengganu, Teluk Intan pada 31 Mei lepas telah memusnahkan 16 buah rumah. Namun sebaik sahaja berlaku kebakaran, Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan serta ADUN Changkat Jong telah melakukan usaha mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran.
Malam sebelumnya, pihak lujnah serta Dewan Muslimat PAS Kawasan telah bersama-sama memilih pakaian-pakaian terpakai yang sesuai dan baik untuk disumbangkan. Kesemua pakaian yang terpilih telah dimasukkan ke dalam kotak-kotak.
Banyak sumbangan diterima hingga memenuhi sebuah lori. |
Bersedia untuk menghantar sumbangan ke Surau Kg. Terengganu. |
Pada pagi tadi (12 Jun 2011) Unit Amal Teluk Intan serta Pemuda Kawasan Teluk Intan telah bergotong-royong mengangkut kotak-kotak pakaian tersebut dengan menggunakan lori untuk dibawa ke Surau Kg. Terengganu.
Di sana, kotak-kotak tersebut diletakkan di dalam surau sehinggalah hari penyampaian sumbangan pada hari Selasa nanti. Terima kasih kepada Unit Amal dan Dewan Muslimat..!
Kotak pakaian disusun di dalam surau. |
Hj. Akram bersama imam surau. |
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan