BERSIH 2.0 DITERUSKAN WALAUPUN PERKASA HALANG...!
>> 13 Jun 2011
KUALA LUMPUR, 13 Jun: Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.
Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.
"Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.
Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta.
Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.
"Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya.
Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman.
"Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya.
Declare perang fizikal
Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar.
"Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata.
"Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya.
3 ulasan:
Apa yang nak diperjuangkan oleh PERKASA ni???? Kalau kamu nak sokong kerajaanpun buat lah perhimpunan kamu sendiri.Nak kumpul sejuta, dua -tiga juta rakyat pun tak apa.Tak de siapa pun nak ganggu.Tapi ni kami nak buat himpunan BERSIH.Apa pasal nak buat provokasi.Tak de ke kerja lain.Brahim ingat bila buat kerja-kerja macam ni UMNOPORNO nak bagi kerusi Parlimen PASIR MAS atau sokong Brahim di Pasir Mas dalam PRU 13 nanti.
brahim ali 100% akan ditrajang kluar dari parlimen pasir mas dan dunia politik pd pru 13
bersih 2.0 ni, deme takut sebenornya...takkan jadi huru hara , takkan ada kedai- kedai dan kenderan yang di pecahkan kalau tiada yang mengganggu... macam aktiviti berjalan untuk kesihatan... pihak polis beri laluan di jalan raya, maka aktiviti itu berjalan lancar, tapi kalau disembur macam macam, fru plak dok halang , maka berjalan untuk kesihatan pun jadi huru hara jugak...begitu jugalah dgn Bersih 2.0 ni. ... erm... deme takut tak bertempat!!
Catat Ulasan