TELUK INTAN, 11 Jun - Pemuda PAS Kg. Bahagia dengan kerjasama Persatuan Amatur Lorong Masjid (PaLM), Kg. Bahagia telah berjaya menganjurkan pertandingan memancing udang galah baru-baru ini. Pertandingan telah diadakan di Jeti Awam Lorong Masjid, Kg. Bahagia dekat sini.
|
YB Anuar diarak dengan kumpulan pemuda PAS bermotorsikal ke tapak pertandingan. |
|
YB Anuar meninjau di jeti. |
|
YB Anuar bersama Pengerusi Persatuan amatur Lorong Masjid (PaLM), Sdr. Ismail bin Ahmad. |
Lebih 40 orang telah menyertai pertandingan tersebut yang telah menyediakan hadiah-hadiah menarik. Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi di mana ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah melepaskan para peserta.
Menurut seorang wakil PaLM, persatuan itu berasa berbesar hati dengan kehadiran ADUN Changkat Jong apatah lagi bilik rehat dan musolla persatuan tersebut telah mempunyai kemudahan bekalan air paip hadil usaha dan sumbangan YB Hj. Anuar Sudin.
|
Bot-bot para peserta. |
|
Para peserta sedang bersiap sedia. |
|
YB Anuar melepaskan para peserta. |
Pada pukul 11.00 pagi pula, Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran telah hadir ke tapak pertandingan. Beliau telah dibawa meninjau dengan menaiki bot suasana pertandingan di Sungai Bidor.
|
YB Anuar berehat sebentar di pondok jeti. |
|
YB Anuar dan YDP PAS Kawasan Ustaz Ismail Che Nik melawat bilik rehat dan solat jeti. |
|
Ketua Pemuda PAS Kg. Bahagia Sdr. Esma bersama Ustaz Ismail. |
Kemudian, pada sebelah tengah hari, kedua-dua wakil rakyat Pakatan Rakyat itu telah dibawa menikmati juadah tengah hari di mana menu utamanya ialah masakan udang galah.Selepas itu, mereka dibawa ke tepi sungai untuk menyaksikan pertandingan bot laju.
|
Menikmati jamuan tengah hari. |
|
YB Anuar dan YB Manogaran dibawa melawat menaiki bot. |
|
YB Manogaran menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. |
|
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk kampung. |
Tepat jam 1.00 petang, pertandingan memancing telah tamat dan diikuti dengan penyampaian hadiah dan cendera mata kepada semua pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh YB Manogaran. Kemudian, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan beras kepada 30 orang penduduk di sekitar Lorong Masjid Kg. Bahagia.
|
Para peserta mengambil tempat masing-masing. |
|
YB berbual dengan Pak Lang, penasihat persatuan. |
|
Melihat gelagat peserta. |
|
Teka kacangpun ada. |
|
Bersama seorang urus setia. |
|
Bersemangat adik ni. |
|
YB meratah udang galah. |
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan