MAJLIS MAKAN MALAM DAP TELUK INTAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-45
>> 26 Jun 2011
TELUK INTAN, 26 Jun - Pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong telah menghadiri Majlis Makan DAP Teluk Intan Sempena Ulang Tahun Ke-45. Majlis telah diadakan di Dewan SJKC San Min, Teluk Intan. Antara yang hadir ialah YDP PAS Kawasan Ustaz Ismail Che Nik, TYDP PAS Kawasan Rahmat Maliki, AJK Kawasan Mohd. Ameer, Hj. Mohamad Akram, Hj. Abidin Sharip dan Hj. Jumali Sadeli.
Majlis telah bermula jam 8.00 malam. Ia telah dihadiri oleh pimpinan PR DAP, PAS dan PKR. Antara tetamu istimewa ialah YB Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin dan Penasihat DAP YB Lim Kit Siang. Turut hadir ialah Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Undang Negeri serta pimpinan parti masing-masing.
Beberapa pimpinan PR telah menyampaikan ucapan. Hj. Nizar sendiri telah berpeluang menyampaikan ucapan ringkas selain Sdr. Lim Kit Siang, YB Ng Suee Lim, YB Manogaran dan lain-lain.
Antara isi ucapan Hj. Nizar ialah BN tidak berhak menghalang PR mengambil alih Putrajya kerana Putrajaya adalah milik rakyat. Jika rakyat memilih PR dalam PRU akan datang maka BN mesti menerima dengan hati terbuka.
Beliau juga amat berharap setiap ahli dan penyokong PR menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti.
Sdr. Lim Kit Siang pula telah menyatakan tiga strategi PR pada PRU13 dalam mengambil alih Putrajaya iaitu mempertahankan empat negeri PR sedia ada, mengambil semula negeri Perak daripada BN dan menguasai negeri-negeri selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor di samping negeri-negeri pantai timur.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan