IBRAHIM ALI WAJAR LETAK JAWATAN JIKA BERMARUAH
>> 21 Oktober 2009
KOTA BHARU, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan menghalang Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai semula Umno kerana menyedari pemimpin berkenaan tidak berprinsip.
"Anggota Parlimen itu kini sudah tidak bernilai lagi kepada kita berikutan tindakan yang tidak berprinsip serta tidak bertanggungjawab kepada kita selepas pihak parti memberi kepercayaan kepadanya,"ujarnya lagi.
Latif berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Ibrahim untuk menyertai semula parti Umno selepas memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata lagi, pihaknya juga tidak terkejut dengan tindakan itu memandangkan tindakannya khususnya dalam persidangan di Parlimen sering mencetuskan kntroversi khususnya pertelingkahan dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dewan Pemuda, katanya turut menyokong keputusan Tuan Guru yang meminta anggota Parlimen itu melepaskan jawatannya sekiranya beliau adalah seorang pemimpin yang bermaruah.
Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pemimpin Umno supaya berfikir semasa-masaknya untuk mengambil semula Ibrahim menyertai parti itu memandangkan rekod anggota Parlimen Pasir Mas itu yang sering membuat onar.(HARAKAHDAILY)
0 ulasan:
Catat Ulasan