OKU TIDAK DAPAT PERHATIAN SEWAJARNYA
>> 08 Oktober 2009
TELUK INTAN - Kehilangan kaki kanan akibat diabetes menyebabkan hidup seorang warga emas di sini begitu sengsara kerana tidak mampu lagi bekerja dan menguruskan diri dengan sempurna.
Juwareyah Che’ Nan, 55, hanya dapat bergerak dalam rumahnya kerana kaki hingga bahagian betisnya dipotong setahun lalu.
Mempunyai seorang anak dan bergantung harap kepada suami, Juwareyah tetap tabah menghadapi dugaan yang dikurniakan Tuhan terhadap dirinya kerana menganggap semuanya sebagai takdir.
“Saya bukanlah jenis yang meminta-minta tetapi jika ada pihak sudi membantu, saya menerima seadanya asalkan tidak memberikan kesusahan kepada keluarga.
“Setakat ini, hanya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang membantu dengan memberikan kaki palsu untuk digunakan tetapi saya tidak boleh memakainya kerana terlalu sakit,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Kelab Penyokong Pas Teluk Intan di rumahnya, di Kampung Esso, Jalan Maharaja Lela, di sini.
Hadir memberikan sumbangan, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Teluk Intan, Sheikh Kabir Mahdin berserta rombongan dari Kelab Penyokong Pas yang diketuai bekas Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Harcharn Singh.
Juwareyah berkata, sepanjang setahun menanggung penderitaan, wakil pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang melihat keadaannya tetapi tiada bantuan yang diterimanya.
“Wakil JKM itu meminta saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan tetapi mereka tidak berfikir yang saya tidak mampu bergerak tanpa bantuan orang lain,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sumbangan dan bantuan yang diterimanya sebelum ini sangat dihargai kerana masih ada pihak yang sudi membantu serta prihatin terhadap dirinya itu. (sinar harian online)

0 ulasan:
Catat Ulasan