SAMBUTAN RAYA DI GANDA MERIAH
>> 13 Oktober 2009
Teluk Intan, 11 Oktober - PAS cawangan Sungai Cawang Ganda telah mengadakan majlis jamuan Aidilfitri baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Kedai Saudara Omar Wee yang juga merupakan Naib Ketua Cawangan PAS serta Pengerusi JKKK. Tetamu khas yang hadir ialah ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin dan isteri serta pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan serta Dewan Muslimat Kawasan.
Ketua PAS Cawangan Ganda sedang menyampaikan ucapan.
Menurut Ketua PAS Cawangan Ganda, Sdr. Termizi Mat, ini adalah tahun yang kedua majlis seumpama ini diadakan sejak PAS menang di Changkat Jong. Hasil kerjasama semua pihak, majlis tersebut telah diadakan dengan lancar.
TYDP Teluk Intan turut hadir.
Isteri ADUN Changkat Jong, Puan Hajjah Faridah turut hadir ke majlis raya.
Di dalam ucapan, ADUN Changkat Jong telah menekankan aspek penerusan amalan yang telah dilaksanakan di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Malah, menurut beliau, usaha meningkatkan ketaqwaan perlu diteruskan pada bulan-bulan mendatang sebelum tiba Ramadhan seterusnya.
Kehadiran masyarakat setempat amat menggalakkan.
PA YB, Hj. Akram dan AJK Kawasan Sdr. Aamir sedang menikmati jamuan raya.
"Apa yang penting ialah kita sebagai umat Islam perlu sentiasa berusaha meningkatkan ilmu agama sama ada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu di surau dan masjid," tambah beliau lagi.
Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat baik tua muda, dan juga masyarakat bukan Melayu menandakan bahawa PAS telah diterima dengan baik oleh masyarakat bukan Islam.
YB sedang beramah mesra dengan para hadirin.
Ketua Dewan Muslimat Kawasan, Pn. Robiatun hadir.
Para muslimat mengambil peluang bergambar bersama Pn. Hajjah Faridah.
YB sibuk melayan para hadirin.
Bergambar kenangan bersama YB sebelum bersurai.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan