PERJALANAN KE HIMPUNAN MUSLIMAT - SEMARAKKAN 1 BLACK PERAK TERHALANG SEBENTAR DI TITI GANTUNG
>> 24 Oktober 2009
8.30 pagi : Rombongan Dewan Muslimat PAS Teluk Intan dan Pasir Salak yang dalam perjalanan menuju ke Ayer Tawar telah terhalang sebentar di Titi Gantung kerana pemeriksaan ketat oleh pihak polis. Rombongan seramai 40 orang itu dengan menaiki bas telah terkandas selama hampir 20 minit akibat pemeriksaan yang nampak seolah-olah ingin menakut-nakutkan orang ramai daripada pergi ke Himpunan 1 Black Perak anjuran Dewan Muslimat Perak.
Namun setelah hampir 20 minit tertahan di sekatan jalan raya yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas akhirnya pihak polis melepaskan juga rombongan muslimat setelah mengadakan perbincangan dengan pemandu bas.
Semoga rombongan muslimat dapat selamat sampai ke destinasi. Insya Allah. Berita selanjutnya akan menyusul.

Sekatan jalan raya yang diadakan khusus sempena Himpunan 1 Black Perak.Hebat..polis ni...
Beberapa buah bas lagi turut terkandas di sekatan jalan raya polis yang menjaga keamanan 1 Malaysia Najib.
Sebahagian muslimat di dalam bas. Tenang menghadapi mehnah daripada pihak polis.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan