KEPUTUSAN EGM MCA
>> 10 Oktober 2009
Para perwakilan MCA hari ini mengundi menyokong usul undi tidak percayai terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, manakala Datuk Seri Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula ke jawatan timbalan presiden.
Seramai 1,155 perwakilan mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Tee Keat, manakala 1,141 satu lagi menolaknya. Terdapat lapan undi rosak.
Bagi usul kedua, 1,204 perwakilan mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahlian Soi Lek, manakala 1,095 menyokongnya. Terdapat 5 undi rosak.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong.(malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan