TERKINI PENAMAAN CALON N31 BAGAN PINANG
>> 03 Oktober 2009
9.33am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati pencadangnya bukan dari Bagan Pinang. Beliau sedang mencari pencadang dari kalangan penduduk tempatan.
9.17am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid (foto bawah) memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan pencalonannya.
9.16am: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Hatta Ramli ke kemah BN untuk bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan.
8.56am: Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon, sambil melaung "julung rakyat, hancur BN, hancur ISA, hidup rakyat".
8.55am: Penyokong BN tiba di pusat penamaan calon. Mereka dipisahkan kira-kira 100 meter dari penyokong PAS.
8.45am: Penyokong BN dianggarkan seramai 3,000 mula bergerak ke pusat penamaan calon sejauh 1km. Hujan telah berhenti, tetapi orang ramai sudah basah lencun.
8.30am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sudah sampai bersama calon BN, Tan Sri Isa Samad untuk bergerak ke pusat penamaan calon. Hujan mula turun
Manakala penyokong Pakatan sudah sampai ke pusat penamaan cal0n di pejabat daerah Port Dickson.
8.23am: Penyokong Pakatan mula bergerak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson. Mereka melaung slogan "Tolak tolak rasuah, undi undi undi Islam" dan "Mansuhkan ISA".
Dengan dikawal oleh anggota unit keselamatan PAS, mereka berarak melalui kawasan perumahan menuju ke pusat penamaan calon .
Polis telah menyediakan dua tempat perhimpunan berasingan bagi penyokong Pakatan dan BN. Kedua-dua pihak juga menggunakan laluan yang berlainan menuju ke pusat penamaan calon bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
8.09am: Seorang penunggang motosikal yang memakai jaket biru BN tersilap tempat dan mendapati dirinya berada bersama sekumpulan penyokong PAS.
Turut kelihatan di situ ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin ALi (MP Gombak) dan S Manikavasagam (MP Kapar).(malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan