LAGI ANALISIS VIDEO...
>> 05 April 2011
Kantoi jangan  tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!
Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam  youtube, sila klik di  sini untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat  sebelum youtube memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati  analisis penting di bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.
Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay  yang sebelum itu dikenali sebagai Datuk T;
“Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.
“Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu,” - Eskay
Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek  di dalam gambar di atas? Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana,  dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari  telivisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek  berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan  almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil.
Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno  tersebut. Adalah sangat tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim  yang genetiknya kurus (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi).  Sangat jelas sekali, keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi. 
Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit  untuk memasuki youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32,  didapati bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk  video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah  orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera  itu dalam keadaan 'record'.
sila lihat 2 gambar di bawah;
Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar  berada di hadapan orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi  hujah rakaman ini adalah kemungkinan untuk kegunaan peribadi.
Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang  tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan  nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah  nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di  sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat  gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas;
Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan  aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti  pelacuran. Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala  Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik?  Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat ? 
Kesimpulan
Videoklip yang menjadi senjata fitnah terbaru  terhadap DSAI ini adalah dikutip dari negara jiran kita iaitu Thailand.  Secara kebetulan, wajah pelakon utama mempunyai mirip DSAI tetapi tidak  kepada perutnya yang boroi. Jika benarpun Eskay mengaku bahawa dia  adalah salah seorang lelaki yang ada dalam video tersebut, maka pelakon  utama itulah Eskay !
Berbalik kepada mengapa saya katakan video tersebut  dikutip dari ribuan video seks amatur Thai? Faktornya ialah pelacur  itu, dan sarikata dalam video itu yang berbahasa Thai. Mengapa sarikata  itu tidak dibuang (dengan cara cut kesemua di bawah aras sarikata  tersebut)? Kerana ia akan menyebabkan ketulinan video tersebut tercalar  sama sekali. Jadi mereka membiarkan sahaja sarikata itu seperti  sediakala tanpa mengusiknya walau sedikitpun.
Kehilangan jam omega, mengumpil laci berkunci dan  sebagainya adalah satu helah menyedapkan jalan cerita. Akhirnya klip  yang sepanjang hampir dua minit yang telah diedit khas inilah yang akan  dipapar satu negara waima dalam pejabat KEMAS, di kelas BTN ataupun di  pejabat JKKKP. Mereka tidak akan tayang video penuh kepada semua orang  dengan alasan, ianya menimbulkan aib, maka cukuplah dengan video klip  yang masuk youtube ini.
Orang kebanyakkan pastinya hanya akan mahu melihat  cebisan-cebisan video yang tidak mengandungi aksi ranjang dengan alasan,  kurang sedikit dosanya berbanding melihat kesemua rakaman 21minit video  asal. Pihak pengfitnah yang jahat akan mengambil peluang ini sebaiknya  sedangkan video itu jika dilihat secara penuh terutamanya ketika perut  buncit itu kelihatan lebih jelas, barulah orang boleh memberi penilaian  lebih tepat.
Kesimpulan dipermudahkan seperti berikut - Video 21  minit ini adalah satu dari ribuan video klip seks amatur yang boleh  didapati di Thailand. Pelakon mirip DSAI tetapi saya yakin 110% bukan  DSAI berdasarkan postur tubuh badan beliau. Di atas mirip yang sama ini,  kesempatan di ambil walaupun dengan tanpa memadam sarikata berbahasa  Thai tersebut.
Anwar Ibrahim yang difitnah untuk ke sekian kali  menerbitkan rasa simpati yang lebih besar terhadapnya. Sekali lagi saya  nyatakan bukan kerana sosoknya Anwar tetapi kerana keadilan untuknya. 
Namun sedikit ingin saya sentuh, di manakah  perginya hulubalang-hulubalang AMK yang menang atas nama 'wahyu' dalam  pemilihan 2010 tempohari? Apakah strategi yang dirancang oleh AMK untuk  mengekang asakan pengfitnah jahat ini selain daripada mengheret DSAI  untuk membuat laporan polis?? Saya melihat kita sejak dari awal  bertindak defensif sekali, macam kaldai tunggu disembelih!
Cuba lihat tindakkan pantas chegubard. Bukan saya  nak lambung puji kepada chegubard, saya yakin beliau tak hidup dek puji  tak mati dek maki. Tetapi tindakkan awal beliau wajar di puji. Berita  dari rangkaian TV Selangor saya jumpa ketika menulis artikel ini dan  antara petikan dari Chegubard adalah seperti di bawah;
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" - chegubard
Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab kita  di lap-lap terakhir ini untuk menyampaikan keyakinan kita untuk  diyakinkan kepada mereka yang tersentap akibat dari pendedahan klip  suntingan yang memberi kelebihan kepada pengfitnah jahat. Perlawanan  kita sudah masuk ke lap yang terakhir yakni lap yang penuh dengan  selekoh-selekoh tambahan. Pusingan terakhir ini, kita akan lawan  habis-habisan!! Mereka fitnah, dan kita lawan !! Mereka tetap fitnah dan  kita tetap lawan !! 
Lawan fitnah jahat ini hingga ke penghujung nyawa,  nescaya kalau kita mati dalam perjuangan ini sekalipun, kita berjuang  menentang yang bathil!
Sumber : eyesdotcom.blogspot.com
Sumber : eyesdotcom.blogspot.com



































2 ulasan:
Tak payah susah2 peningkan kepala nak memikir benda2 fitnah ni... kata negara Islam... mana letak Hukum Syariah nya... kalau tak da 4 org saksi yg adil, sume tu boleh blah.. tukang bawak cerita tu pun dah konpom fasik... Lagi banyak fikir dan bincang lagi banyak dapat dosa fitnah... Ni... melayu2 ni, nak ikut Hukum Allah ke nak ikut hukum umgok laknat. Kata bukan main islam lagi puak2 umgok nih...
ya..takda 4 saksi yg adil.mana boleh dakwa.inilah kelemahan umnongok kan..
kuno laa kowang nie.setakat fitnah mcm nie..takde saper laa nak percaya.apa..kowang ingat org2 PAS PIS PUS ni bodoh2 ka..depa pandai2 laa..
pasni kalau aku melacur pun..selamat punya.takkan nak bawak saksi yg baguih dok ada tgk aku main ngan china doll..wahahahah
apa2 hal pun..kita tunggu keputusan siasatan yang rasmi..dan jikalau kuar result tak payah laa penganut2 agama PAS PIS PUS ni marah2 dan salahkan pihak lain jika tidak memihak kepada anda..jgn taksub sgt bro..kot2 nanti ludah kena ke muka sendiri..ahak3..
apa2 hal pun..kalau kita islam sampai ke akhir hayat..insyaallah sumer masuk syurga kan??sama2 laa kita mencari redha Nya..
Catat Ulasan