CATATAN : MEMBERSIH DI KL (Bahagian 1.0)
>> 10 Julai 2011
9 Julai 2011 (Sabtu)
7.00 pagi :
Kami bertolak ke Teluk Intan. Saya bersama Amir, Dr. Hamdan dan anak saudara Amir. Kami ikut Sabak Bernam. Kami terpaksa menempuh 5 sekatan jalan raya polis. Dua kali kereta digeledah polis. Mereka mencari barang yang ada unsur Bersih 2.0. Memang kami kami tak bawa apa-apapun. Kami tak bawa baju bersih. Hati bersih adalah.
Sekatan jalan raya terakhir di Kelana Jaya agak lama juga. Dalam ruang bagasi kereta ada tabung kebajikan PAS pulak. Sampai empat anggota polis menyelongkar kereta Amir. Kad pengenalan kami diambil dan dicatat. Akhirnya lepas juga selepas bersoal jawab dengan mereka.
Masa itu, keadaan jalanraya amat sesak. Maklumlah, tiga lorong polis jadikan satu.
11.30 pagi :
Meletak kereta di Stesen LRT Asia Jaya. Parkir sudah penuh. Kami terus ke stesen. Kami lihat suasana amat lengang. Waktu itu, cuma kami berempat sahaja. Polis berpakaian seragam lebih ramai daripada kami, duduk merata-rata.
Kami berpakat pecah kepada dua kumpulan, Amir bersama anak saudaranya manakala saya bersama Dr. Hamdan. Kami pergi ke tandas. Semasa melalui kumpulan polis, kami diperhatikan atas bawah oleh mereka. Kami senyum dan angkat tangan tanya mana tandas.
Kami bercadang naik LRT dan turun di Stesen Masjid Jamek. Selepas membeli tiket dan tunggu, tren pun tiba. Dalam tren, agak sesak. Kami terpaksa berdiri. Kalau tengok muka setiap orang dalam tren tu, memang semuanya pergi himpunan Bersih. Kami memberikan senyuman sebagai isyarat satu tujuan ke sana.
Setelah melalui enam stesen, barulah kami tiba di Stesen Masjid Jamek. Di sana, orang sudah mulai ramai. Polis ? Lagi ramai.
Kami terus turun ke jalan. Kami lihat ada sedikit kekecohan di depan sebuah kedai. seorang pemuda dikerumuni beberapa anggota polis berpakaian seragam. Memang polis sudah ramai!
Saya menghubungi YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail dan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Fatah. Mereka dan rombongan sedang berada di Kg. Baru. Mereka tidak dapat bergerak kerana polis ramai. Masjid Kg. Baru juga telah ditutup.
Rupa-rupanya, Masjid Jamekpun telah ditutup. Hidup negara Islam!
12.30 tengah hari :
Selepas makan, Amir dan anak saudaranya pergi meninjau ke Sogo. Saya dan Dr. Hamdan masih lagi di sekitar Jalan Masjid India. Kami singgah di sebuah kedai makan mamak. Terasa lapar. Makan daging kambing.
Pintu besar Stesen LRT Masjid Jamek telah ditutup.
Pada masa yang sama, saya lihat pihak polis mula bergerak tidak membenarkan orang ramai berkeliaran di kaki lima kedai dan bangunan. Polis semakin banyak.
Polis minta orang ramai jangan berkumpul. Kami nak pergi mana ? |
Selepas makan, Dr. Hamdan mengajak saya ke Masjid India. Dalam perjalanan, saya lihat orang semakin ramai. Ada juga kedai-kedai yang dibuka walaupun telah diberi notis dua hari lepas supaya menutup kedai.
Rupa-rupanya, ada arahan supaya kedai-kedai ditutup. Maknanya, kedai ditutup bukanlah atas kerelaan peniaga sebagaimana yang digembar gembur oleh media!
Polis dan jurufotonya pun ramai. |
Sampai di Masjid India, orang telah mulai ramai. Di setiap persimpangan, telah dihalangi oleh makhluk bertopi merah. Kebanyakan orang ramai menuju ke Masjid India kerana waktu sudah hampir masuk waktu Zuhur.
Saya mendapat mesej daripada Hj. Azhar. Dia berada di KL Sentral. Di sana ada ramai pimpinan.
12.28 tengah hari :
Saya dapat mesej lagi daripada Hj. Azhar : Mahfuz dan Salahudin kini berada di KL Sentral.
12.40 tengah hari :
Beberapa minit kemudian saya dapat mesej lagi daripada Hj Azhar : Mahfuz dan Salahudin kena tahan. Dibawa ke balai Jinjang !
Saya menghubungi Ustaz Fatah. Dia kata masih berada di Kg. Baru. Dia kata polis semakin ramai dan menangkap sesuka hati orang yang berkeliaran di sana.
Tidak lama kemudian saya mendapat panggilan daripada seorang kawan menyatakan Ustaz Fatah dan rakan-rakannya pun telah ditahan polis !
Meneruskan solat walaupun asap dah banyak ! |
Selepas mengambil wudhu, kami masuk ke ruang solat dan bersolat sunat. Ruang solat semakin penuh.
1.20 petang :
Azan Zuhur berkemundang. Tenang mendengar azan.
Kemudian bilal melaungkan iqamat. Sebaik sahaja selesai iqamat, tiba-tiba kami terdengar bunyi tembakan bertalu-talu. Saya agak ini mesti tembakan gas pemedih mata.
Memang betul. Bau gas mula menyerap ke hidung kami. Beberapa orang jemaah terus menutup tingkap masjid tetapi baunya masih terasa. Kelihatan beberapa orang jemaah yang terbatuk-batuk.
MasyaAllah, rupa-rupanya pihak polis menembak gas pemedih mata ke arah masjid dalam keadaan kami mulai hendak solat Zuhur..!
Kami meneruskan juga solat Zuhur walaupun dalam keadaan sedikit mata pedih. Selepas itu, Ustaz Sobri Arshad menjadi imam solat hajat. Di dalam doa beliau selepas solat hajat ialah meminta keselamatan kepada semua peserta Bersih dan memohon kepada Allah agar menurunkan hujan !...
Bersambung lagi...
2 ulasan:
Polis telah menjalankan kerja yang betul!
dan majoriti rakyat malaysia menyokong tindakan polis pada 9 julai 2011. TAHNIAH POLIS kerana mengajar puak yang tak tahu menghormati suara majoriti
Di akhirat nanti tiada "atas pagar". Kalau tak masuk syurga, nerakalah dia.
Catat Ulasan