SEKATAN JALAN RAYA DI KL
>> 08 Julai 2011
Polis akan mula membuat penutupan dan lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini.
Sumber  ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur berkata, jalan-jalan yang  terlibat adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit  Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
Penutupan juga membabitkan sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah  Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
Lain-lain  termasuk kawasan sekitar Dataran  Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek,  Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju  Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan  Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan  Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri  Amar, Jalan Tuanku Abdul  Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa,  Jalan Raja Bot, Jalan  Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi  Abdullah, Jalan Gereja,  Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun  Tan Cheng Loke, Jalan  Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.
Semua   pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu   lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat  kawalan.
Orang   ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan   agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut bagi   mengelakkan kesesakan lalu lintas.
 * Boleh juga rujuk di sini.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan