E06 : TAK PERLU UCAP TERIMA KASIH
>> 31 Julai 2011
KUALA LUMPUR, 30 Julai: Ketua Dewan Ulamak PAS  Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa tidak perlu untuk mengucapkan  terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membebaskan enam aktivis Parti  Sosialis Malaysia (PSM).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang  menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di  bawah Ordinan Darurat (EO).
“Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita  ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut  bertentangan dengan Perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan  kepada rakyat,” tambah beliau yang juga Adun Manir.
Kata beliau, nampaknya kerajaan sedar dan terpaksa akur terhadap  kesalahan mereka dan akhirnya terpaksa membebaskan aktivis tersebut.
Beliau berkata, aktivis tersebut mempunyai haknya yang dijamin oleh  Perlembagaan dan kerajaan tidak berhak merampas hak tersebut.(harakahdaily)
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
1 ulasan:
hanya org gila sj yg akan ucap timakasih.
Catat Ulasan