PAS TOLAK BIOMETRIK
>> 26 Julai 2011
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Cadangan SPR untuk  menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan  pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia  juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana  hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan  biometrik.
"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat  celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga  pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya  dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
 Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.
Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik."Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan  Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh  bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik,"  ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.
Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem  tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih  dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita  sejak sekian lama.
Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan  dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah  pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.
Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh  PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada  mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.
Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali  tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah  dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer.
"Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya  mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya  dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali,"  katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di  sini, hari ini.
Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui  kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan  jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.
"Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang  kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia  merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya.
Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR  menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali  baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem  biometrik.
 "Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana  Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita  tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah  dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan