TAK HABIS-HABIS SEBAR FITNAH...
>> 11 Julai 2011
TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.
(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)
Sebaliknya  beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya  memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu  digambarkan akhbar berkenaan.
Serentak  dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat  jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil  gambarnya itu menyiarkan gambar  yang sebenar atau berdepan dengan  tindakan undang-undang.
“Saya  turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal  keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu  rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang  ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.
“Pada  masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata.  Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih  berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,”  ujarnya.
Tambahnya,  gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau  dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan  membaling kelongsong gas kosong ke tepi.
Katanya,  anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau  memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang  ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis. Malangnya gambar  tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan  peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.
“Kenapa  keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak  dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan  gambar sebenar,” katanya. Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu  bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana  beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.
Dalam  pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di  sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula  menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara  berleluasa. - Harakah
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
8 ulasan:
rakyat yang cerdik tahu kumpulan
demontrasi pada 9 julai adalah
akibat mempercayai fitnah putar belik di mainkan pakatan gila kuasa
pas/pkr
Terima kasih kerana membaca artikel ini...
aku tengok budak2 yg mungkin belum cerdik yang banyak menyertai kumpulan orang gila pada 9 julai lalu.
kanak2 yg tak tahu apa2 pun diperalatkan...memang mangkok puak
yg buat kacau bilau nie..
Atas Pagar dan Tanpa Nama:
Depa ni cerdik menilai kerajaan sebab tu lah mereka turun beramai-ramai 9/7 yang lepas, bukan macam korang 2 orang yang buta mata hati, makanya selamanyalah jadi pak anggok pada pemerintah.
Nasihat aku rentikan lah menyokong kerajaan Najis ni sebelum satu badan korang berselumut denagn taik.
Ape beza askar israel ngan polis msia? askar israel tak lanyak bangsa sendiri, tp polis msia lebih pada yahudi...sendri mau ingat sekolah jer tinggi, akal tak guna...Fisabillilah.....
tapi ostad2 PASial lagi bagus dan baek2..tu pasal budak sekolah kat perlis mati kena pukul dgn ostad PASIal...sbb nak mengajar sampai mati budak tu dikerjakan....!Pork NIk kata ini kerja tuhan...
kah...kah..kah..kah..kkkhhhhaktuiiii
Hitch-ini rupanya ajaran dari UMporNO hanya tau memaki dan menghamun. May Allah have a mercy on you!
memang patut puak demontarsi haram
yg bebal dibalun dan disumbat dalam
penjara kerana dibebal!
Catat Ulasan