PENIAGA KL RUGI RM40 BILION...?
>> 10 Julai 2011
 Kuala Lumpur, 10 Julai – Para peniaga di sekitar Kuala Lumpur hari ini  mendakwa mereka kerugian hampir mencecah RM 40 billion gara-gara  perhimpunan haram BERSIH semalam.
 Makcik Ros, seorang peniaga karipap mendakwa beliau kerugian kira-kira  RM 56.89 juta selepas perniagaan terpaksa ditutup bagi mengelakkan  bertembung oleh peserta perhimpunan haram BERSIH.
 ”Selalunya Makcik buka jam 8 pagi dekat Central Market, tutup jam 12  tengah hari dengan jualan purata RM 30 juta hari biasa, dan RM 50 juta  hari minggu”, kata Makcik Ros dengan nada kecewa kepada wartawan  PemudaGombak.com yang kehairanan.
 Manakala seorang penjaja aiskrim, En Din Yasin, merungut jualannya  merosot mendadak daripada RM 7 billion setiap hari, tetapi semalam hanya  RM 68.90 sahaja.
 Selalunya pada hujung minggu ramai kanak-kanak akan membeli aiskrim miliknya, tapi semalam ia berkurangan.
 ”Saya amat marah kepada BERSIH”, kata En Din Yasin dengan nada tegas.
 “Selalunya  jualan kami mencecah RM 37 juta sehari, tapi hari ini terpaksa makan  sendiri sahaja…”, kata Kak Ros dan Pak Jib ketika membuat sidang media  kepada wartawan PemudaGombak.com selepas BERSIH.
 Peniaga cendol, Pak Jib pula hampir sama ceritanya, beliau menganggarkan  kerugian yang dialami semalam kira-kira RM 65 juta untuk cendol biasa,  RM 38 untuk cendol special serta RM 96  untuk cendol aiskrim.
 ”Semalam saya tidak berani untuk membuka gerai cendol saya di Puduraya”, kata Pak Jib kesedihan.
 Sementara itu, Persatuan Peniaga Roti Canai Kuala Lumpur (PERCOKAI)  Encik Ebrehem Alikatak berkata, setakat laporan yang diperoleh lewat  petang semalam, anggaran kerugian penjaja-penjaja roti canai seluruh  Kuala Lumpur dianggarkan RM 28 billion.
 ”Ia adalah anggaran sahaja untuk roti canai biasa, dan tidak termasuk  roti telur, roti sardin, roti tirai, roti pelempang dan lain-lain”, kata  Encik Ebrehem Alikatak sambil menepuk meja dan menjegil mata kepada  wartawan PemudaGombak.com
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
2 ulasan:
kerana rugi 40b, kak mah anak badak bini pada firaun hanya dapat beli beg tangan bernilai usd220k & sebentuk cincin 24.4 juta..kalau bukan krna demontrasi bersiah akak mah si anak badak bolih berjoli sakan ngan duit rakyat.
Ha ha ha... betul 3X
Catat Ulasan