ADUN CHANGKAT JONG DI PASAR SELASA KG. BAHAGIA / ادون چڠکت جوڠ د ڤاسر ثلاث کامڤوڠ بهاݢيا
>> 26 Januari 2011
TELUK INTAN, 25 Januari – ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin telah meluangkan masa lebih sejam melawat dan bertemu rakyat Pasar Selasa di Kampung Bahagia dekat sini. Turut menyertai lawatan ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan PAS Cawangan Kampung Bahagia.
YB Anuar disapa oleh pengunjung berbangsa India. |
Kehadiran YB Anuar mendapat perhatian para pengunjung Pasar Selasa. |
Walaupun kunjungan ke Pasar Selasa diadakan secara mengejut namun sambutan masyarakat terhadap kehadiran ADUN Changkat Jong begitu mesra sekali. YB Anuar telah melawat ke semua gerai yang terdapat di situ.
YB Anuar melayani kerenah dua beradik. |
Pada masa yang sama, risalah 100 hari Pakatan Rakyat telah diedarkan orang ramai. Operasi edaran risalah tersebut telah dilakukan oleh AJK PAS Cawangan Kampung Bahagia.
YB Anuar telah sempat bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat baik tua mahupun muda tanpa mengira bangsa dan agama. Kemesraan tergambar pada wajah setiap orang yang ditemui.
Pengunjung bermotosikal juga disantuni. |
Satu peristiwa, seorang pemuda begitu berbesar hati apabila anaknya telah disapa dan diberi wang oleh YB Anuar. Tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk bersalaman dengan wakil rakyat mereka serta bertanya khabar.
Bersembang sambil bertanya khabar. |
YB Anuar sempat mengunjungi kedai makan. |
intanhijau.blogspot.com
2 ulasan:
Tahniah kpd YB... sy anak kpd warga kg bahagia Lorong 11B.. telah lama menantikan sistem longkang konkrit/rubble pitching yg bersih dan teratur.. sejak zaman BN tiada langsung kerja2 menaiktaraf sistem longkang yg busuk lalu di depan rumah... bila banjir air kotor/limbah terus masuk ke rumah... agak kecewa sistem infra yg ketinggalan sedangkan kg ini antara yg paling hampir dgn bandar tk intan tiada pembangunan utk itu... moga YB dpt memberikan perhatian dan pertimbangan sewajarnya utk kg ini... Tkasih.
Masalah yg saudara utarakan diambil perhatian oleh pihak YB. Terima kasih atas maklumat tersebut.
Catat Ulasan