DIA MULAKAN DULU, TAPI TAKUT PULAK ... / دي مولاکن دولو، تاڤي تاکوت ڤولاق ...
>> 12 Januari 2011
Ini nada suara orang penakut. Dia cuma berani cakap depan kamera TV sahaja. Bila diajak berdepan, dia tak berani. Aganya kalau berdebat depan cerminpun dia tak berani :
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.
Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.
"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

0 ulasan:
Catat Ulasan