TOLONG KAMI.... / تولوڠ کامي....
>> 06 Januari 2011
Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali merayu kepada semua ahli PAS supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang, lapor Harakahdaily.
Dr Halimah dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.
"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.
"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang dalam mesejnya.
Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.
"Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.(harakahdaily)

1 ulasan:
mana PJ kami?
Catat Ulasan