INTER FRAME PULAK MAMAT NI....ada siapa kisah...? / انتر فرام ڤولاق مامت ني....سياڤا قيصه...؟
>> 13 Januari 2011
Mamat liabiliti UMNO ni cuba interframe pulak. Ikut logiknya, kalau dalam kabinetpun Najib 'tak hingin', takkan Najib nak mamat liabiliti UMNO ni pulak mewakili PM ?
PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno pada Khamis menyerahkan surat rasmi menjemput Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengan Ketua, Khairy Jamaluddin berhubung isu ekonomi membabitkan manifesto 100 hari Pakatan Rakyat.
Surat tersebut diserahkan oleh Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada Pegawai Khas Anwar, Ibrahim Yaacoob di Ibu Pejabat PKR di sini pada pukul 10.35 pagi tadi.
Mereka dilihat meninggalkan bangunan tersebut sepuluh minit kemudian.
Dalam surat itu, Khairy menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar khusus mengenai isu ‘Kaedah Mengendalikan Ekonomi Negara’.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Megat Firdouz berkata, Umno mahu memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menilai apa yang dimaksudkan dengan manifesto ekonomi 100 hari Pakatan Rakyat.
"Respons yang kita terima daripada pegawai khas Anwar tadi baik dan dia kata surat itu kepada Anwar dan terpulang kepada beliau untuk terima atau tidak.
0 ulasan:
Catat Ulasan