ADUN CHANGKAT JONG ZIARAH KELUARGA MANGSA KEMALANGAN MAUT / ادون چڠکت جوڠ زياره کلوارݢ مڠسا کمالڠن موت
>> 03 Januari 2011
TELUK INTAN, 2 Januari - Prihatin akan nasib rakyat maka ADUN Changkat Jong meluangkan masa untuk menziarahi sebuah keluarga yang kematian anak akibat kemalangan maut pada pagi tahun baru. Beliau hadir berserta Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan di majlis tahlil yang diadakan di rumah keluarga mangsa di Kampung Sungai Kerawai dekat sini.
Di majlis tersebut YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah diberi penghormatan untuk mengetuai majlis tahlil serta bacaan doa. Turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Sungai Kerawai Sdr. Hj. Jumali Sadeli.
Bapa mangsa, Sdr. Mohd. Shaari sedang menceritakan bagaimana anaknya mengalami kemalangan jalan raya. |
Menurut bapa mangsa Mohd. Shaari, anaknya allahyarham Mohd. Rafi, 18, telah mengalami kemalangan semasa balik dari Lumut bersama kawan-kawannya dengan menunggang motorsikal. Pada hari kejadian, motor mangsa telah bergesel dengan sebuah kereta lalu terjatuh di atas jalan raya lalu dilanggar oleh sebuah kereta lain yang menyebabkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kemalangan. Mangsa merupakan anak sulung di dalam keluarganya. Namun
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada Sdr. Mohd. Shaari sambil diperhatikan oleh Ketua PAS cawangan, Sdr. Hj. Jumali. |
Pada akhir majlis, ADUN Changkat Jong telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada bapa mangsa serta menyatakan simpati serta meminta beliau bersabar atas apa yang terjadi.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan