(video) SAKSIKAN PENGARAH PELAJARAN CABUK BERKEMPEN DUN TENANG /
>> 13 Januari 2011
SEGAMAT,13 Jan: PAS Johor semalam membuat laporan polis terhadap Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran kerana mendakwanya berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman dalam laporannya menyebut, Markom, telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional,
“Berdasarkan bukti-bukti yang diserahkan bersama, Markom jelas telah memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional. Beliau juga memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional dalam PRK N.05 DUN Tenang.
“Markom juga berkempen kepada guru-guru di SMK Munshi Ibrahim Labis, SK Kg Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi Barisan Nasional. Secara jelasnya, beliau berkempen untuk Barisan Nasional di PRK N.05 DUN Tenang.
“Markom adalah penjawat Awam, DG 54 yang kini memangku Jusa C. Sedangkan mengikut Peraturan 21, melarang Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kumpulan Pengurusan dan Profesional mengambil bahagian dalam parti politik secara khusus,” jelasnya.
1 ulasan:
Ini bukan tahap pengarah punya keja... kalau pengarah selalunya cerdik dan pintar... ini tukang jilat... dah lah bodoh bangang pulak tu... harap2 dapat lah naik jusa tahun depan.. lepas tu bila dah jadi jusa boleh jadi MB plak... jusa c pun tak pa dah layak jadi MB dah...
Catat Ulasan