BAWA BALIK ANAK KAMI DENGAN APA CARA SEKALIPUN / باوا باليق انق کامي دڠن اڤ چارا سکاليڤون
>> 03 Februari 2011
PUTRAJAYA: Ibu bapa kepada pelajar Malaysia yang terkandasdi Mesir tidak dapat membendung rasa gelisah dan resah ke atas keselamatan anak masing-masing dan menyeru kerajaan menggunakan apa cara sekali pun untuk membawa mereka pulang dengan segera.
Ada ibu yang menangis dan mereka merupakan di antara 22 keluarga pelajar yang mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem di Wisma Putera di sini pada Rabu bagi membincangkan langkah untukmembawa pulang anak-anak mereka secepat yang mungkin.
Kakitangan awam, Salmah Abu Mansor berkata, sebarang kelewatan untuk menyelamatkan pelajar hanya memburukkan keadaan dan membimbangkan ibu bapa.
"Kami di sini tidak dapat tidur mengenang keadaan anak-anak di Mesir. Kerajaan perlu bertindak segera dalam apa cara sekalipun,"katanya yang bimbang akan keadaan anaknya, Intan Noratiqah Mohd Yunos, 21 yang kini merupakan pelajar perubatan tahun tiga di Universiti Zagaziq, Mesir.
Dia yang sempat membuat panggilan telefon dengan anaknya tengah hari Rabumengharapkan kerajaan bertindak bagi mengelakkan keadaan lebih burukakan berlaku.
"Mereka sukar untuk berbuat apa-apa sebab hanya berkurung di rumah. Kami di sini yang selalu mendengar berita mengenai keadaan di sana.
"Gunalah jalan darat ke, jalan air ke, jalan udara ke, yang pentinganak-anak kami dibawa pulang segera dengan selamat," kata Salmah.
Bagi Peniaga, Maizarah Abu Bakar, 47, dia bersyukur kerana berpeluangmembuat panggilan dengan anaknya, Kauthar Hassan, 22, pada pagi Rabu.
"Dia dalam keadaan baik. Tapi sampai bila. Anak saya perlu diselamatkan segera.
"Saya terdengar suara orang Arab tadi (masa panggilan), saya ingatkan anak saya diapa-apakan. Lakukan sesuatu dengan cepat. Kenapa nak tunggu lagi? Macam-macamboleh berlaku lagi selepas ini," katanya yang begitu bimbang tentang keadaan anaknya yang merupakan pelajar jurusan perubatan tahun dua di Universiti Mansurah.
Sementara itu, seorang lagi kakitangan awam, Nadzari Shaari, 56, menyifatkantindakan kerajaan yang perlu dirancang lebih baik dengan memikirkankeutamaan dalam tempoh singkat.
Bapa kepada Dhiyauddin Athir, 20, pelajar perubatan tahun pertama di Universiti Al-Azhar itu berkata, penunjuk perasaan di Mesir sedang menunggu masa sehingga Jumaat bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dengan segera.
"Saya dimaklumkan bahawa anak kepada rakan saya diacukan senjata oleh penunjuk perasaan di sana sewaktu dia keluar bersama rakan-rakan untuk membeli makanan.
"Anak saya masih selamat tetapi ini yang perlu menjadi keutamaan. Kerajaan perlu memikirkan cara untuk memindahkan mereka dalam tempoh sekarang sehingga Jumaat bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku," katanya.
Krisis politik yang kian memuncak di Mesir dan ketidaktentuan keselamatan berikutan tunjuk perasaan yang mendesak Mubarak meletakkan jawatan telah menjadikan negara itu huru-hara. Mubarak telah memerintah Mesir selama lebih 30 tahun.
Adalah dianggarkan terdapat 11,319 pelajar Malaysia di seluruh Mesir.(mstaronline)
3 ulasan:
Dimana kehebatan PAS? Tak bolehkah berdemo paksa Mesir hantar pelajar2 tu balik?
hEHE....KALAU SEMUANYA PAS NAK BUAT, UMNO TAK PAYAH JADI KERAJAAN LAH...!
Haih, kelaka komen kat atas tu. kau x paham ke maksud kerajaan? Pas n umno tu parti aje. Skrg yg menang bN. Paham x, BN = kerajaan! So yg bukan kerajaan xde mandat/power/duit/tentera utk buat semua tu. itu pon x tahu makes sense la ramai buta hati kt malaysia ni.
Catat Ulasan