ZIARAH RAKYAT : WANITA CACAT PENGLIHATAN MENDAPAT PERHATIAN ADUN CHANGKAT JONG / زياره رعيت : وانيتا چاچت ڤڠليهتن منداڤت ڤرهاتين ادون چڠکت جوڠ
>> 25 Februari 2011
TELUK INTAN, 25 Februari - Dalam siri ziarah rakyat minggu ini, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah mengunjungi Kg. Banjar. Program bermula dengan solat Jumaat bersama-sama penduduk kampung di Masjid Kampung Banjar. Turut serta ialah Sdr. Mokhtar bin Hassan ,Setiausaha PAS Cawangan Kg. Banjar.
Setelah solat Jumaat, YB Anuar telah dibawa menziarahi rumah seorang warga emas yang cacat penglihatan. Kesukaran hidup Puan Fatimah binti Mustafa, 55, telah mendapat perhatian ADUN Changkat Jong. Menurut Puan Fatimah yang tinggal seorang diri di kediamannya, matanya menjadi bertambah rabun apabila telah meningkat usia. Namun begitu, setiap hari keluarga adiknya akan datang menjenguk keadaannya.
Beliau pernah menerima daripada pihak bantuan baitulmal tetapi bagi tahun ini tmasih belum lagi menerima bantuan kerana baru membuat permohonan baru. Kemungkinan pada bulan April barulah beliau mendapat semula bantuan baitulmal tersebut.
Di dalam pertemuan tersebut, YB Anuar meminta pihak PAS Cawangan agar sentiasa memberi perhatian dan bantuan kepada Puan Fatimah agar segala masalahnya dapat diselesaikan. YB Anuar turut menyampaikan sumbangan kepada Puan Fatimah.
YB Anuar dan Sdr. Mokhtar meneliti surat sementara kad pengenalan Puan Fatimah. |
Bagi Puan Fatimah kehadiran ADUN Changkat Jong ke rumahnya sebagai sesuatu yang tidak disangka. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Anuar dan pihak PAS Cawangan yang sentiasa prihatin akan masalahnya.
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas di rumahnya. |
Selepas itu, YB Anuar sempat meluangkan masa menziarahi ke sebuah rumah seorang warga emas yang keuzuran di Kg. Padang Tembak.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan