PENYERAHAN WATIKAH KETUA DHPP TELUK INTAN
>> 11 Februari 2011
TELUK INTAN, 10 Februari - Demi memantapkan sayap baru parti, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Sdr. Hacharan Singh dalam satu majlis ringkas di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua DHPP Sdr. Sarguna, Timbalan YDP PAS kawasan Sdr. Rahmat Maliki, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Naib YDP Sdr. Ahmad Kabir Mahdin, Setiausaha PAS kawasan Sdr. Farid Al Jarumi, Pengarah Pilihan Raya kawasan Hj. Azhar Rafaie dan Ketua Penerangan kawasan Sdr. Mohammad Hamzah.
YB Anuar dan Sdr. Hacharan Singh. |
Di dalam majlis tersebut, pihak DHPP telah diberikan penerangan ringkas tentang peranan dan tanggungjawab di dalam parti. Sesi dialog juga diadakan demi memperjelaskan lagi sebarang perkara berkaitan fungsi DHPP.
Pihak PAS Teluk Intan berharap selepas penyerahan watikah, pihak DHPP akan melantik beberapa orang ahli jawatankuasa bagi memantapkan dan melancarkan lagi gerak kerja DHPP.
Bagi Sdr. Hacharan Singh, watikah tersebut begitu penting bagi beliau untuk membentuk ahli jawatankuasa DHPP Teluk Intan yang meliputi pelbagai kaum seperti India, Cina dan Sikh. Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua DHPP Negeri Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PAS Kawasan Teluk Intan yang begitu prihatin dan banyak membantu pihak DHPP yang telah menjadi sayap baru PAS.
Sesi dialog di antara PAS Teluk Intan dan DHPP. |
"Kami berjanji akan membantu pihak PAS Teluk Intan sedaya upaya yang mungkin serta memastikan agar sokongan pihak bukan Islam kepada PAS akan meningkat, " tambah beliau.
Di penghujung majlis, Naib YDP PASTeluk Intan merangkap Ketua Lujnah Perpaduan Nasional, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin telah menyerahkan watikah kepada Sdr. Hacharan Singh.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan