PROGAM ZIARAH RAKYAT DI KAMPUNG SUNGAI KERAWAI / ڤروݢم زياره رعيت د کامڤوڠ سوڠاي کراواي
>> 19 Februari 2011
TELUK INTAN, 18 Februari - Bertemu serta meninjau keadaan keadaan rakyat merupakan agenda utama bagi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Oleh itu, program Ziarah Rakyat minggu ini adalah di Kg. Sungai Kerawai.
Berbual mesra dengan penduduk kampung selepas solat Jumaat. |
Bermula dengan solat fadhu Jumaat di Masjid Kg. Sungai Kerawai, di situ YB Anuar Sudin berpeluang bertemu dengan para jemaah masjid. Peluang tersebut diambil sebaik mungkin oleh pihak ADUN Changkat Jong untuk bertanya khabar serta berbual mesra dengan penduduk kampung.
Turut hadir ialah Pembantu Khas ADUN Hj. Mohd. Akram bin Ayub dan Ketua PAS Cawangan Kg. Sungai Kerawai Hj. Jumali Sadeli.
Selepas solat Jumaat, rombongan ADUN telah dibawa menziarahi dua buah rumah warga emas.
Sdr. Baharuddin menderita sakit stroke. |
Berbesar hati menerima kehadiran wakil rakyat. |
YB Anuar telah dibawa menziarahi seorang penduduk keuzuran akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya dan stroke. Sdr. Baharuddin, 63, kini pernah terlibat kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu dan kemudiannya mengalami stroke yang menyebabkan beliau uzur.
Ketua Cawangan ,Hj. Jumali (kiri) dan Hj. Akram pembantu khas YB turut hadir. |
Kemudian, rombongan ADUN menziarahi seorang warga emas wanita berusia 80 tahun yang telah terlantar hampir dua tahun akibat menderita sakit saraf. Kini beliau tinggal berdua dengan suami di rumah tersebut.
Menjejaki masalah rakyat. |
YB Anuar memberi penerangan tentang cara solat orang sakit atau uzur yang terbaring. |
Di dalam perbualan, YB Anuar sempat menyentuh tentang aspek kepentingan solat fadhu dalam keadaan pesakit yang terbaring. Penerangan yang begitu baik oleh YB Anuar tentang cara solat dan wudhu untuk pesakit yang terbaring telah memberikan pemahaman kepada warga emas suami isteri.
Warga emas ini bersyukur sambil berdoa selepas katilnya diubah mengadap kiblat bagi memudahkannya melakukan solat fardhu. |
Justeru, YB Anuar terus mencadang agar katil isteri warga emas tersebut diubah mengadap kiblat agar mudah melakukan solat. Maka ahli rombongan bersama-sama mengangkat katil bagi mengubah kedudukan katil tersebut. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Anuar yang begitu prihatin kepada masalah mereka terutama di dalam aspek melakukan ibadah fardhu.
Sesungguhnya usaha murni tersebut telah memberikan kepuasan kepada pihak ADUN Changkat Jong yang telah sedikit sebanyak memberikan khidmat kebajikan kepada penduduk.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan