NAJIB, BERTAUBATLAH...! / نجيب، برتوبتله...!
>> 26 Februari 2011
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.
Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.
"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.
Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.
Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.
Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.
Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi.
Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.
"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.
"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.

2 ulasan:
Salam untuk semua yang mengucap dua kalimah syahadah
Saya rasa , penyokong PAS wajib bertaubat kerana melakukan dosa dosa besar seperti fitnah, adu-domba, ghibah, mengumpat, mengutamakan DAP kafir laknatullah daripada orang UMNO yang mengucap Syahadah, menyebarkan ajaran sesat lagi menyesatkan seperti mengundi PAS masuk syurga, tok guru yang sesat lagi menyesatkan dengan pendapat menyalahi pendapat ulama muktabar seperti Imam mahzab yang 4.
Yang menulis blog ini lebih baik bertaubat nasuha kerana bukan sahaja memfitnah PM Najib tanpa saksi yang adil seperti kehendak syarak, malahan melakukan perbuatan ghibah, 7 dosa besar.
Tak tahulah, kalau soalan kubur nanti ada soalan KAMU DARI PARTI MANA? Setahu saya soalan kubur berbunyi SIAPA SAUDARA KAMU? Kalau begitu, umat Islam dari zaman Rasulluah SAW sehingga kiamat yang bukan PAS kafirkah mereka?
Blog intanhijau sama seperti blog yang lain, membuat fitnah, mengumpat dan memecahbelahkan umat Islam.
Buktikan PAS adalah tiket masuk syurga sekiranya anda benar.Kalau begitu, apakah yang akan terjadi pada ulama dan pejuang Islam seperti Tok Kenali, Datuk Bahaman , Mat Kilau atay Tuan Tulis yang bukan PAS atau UMNO, mereka kafirkah?
Salam dan bertaubatlah sebelum anda mati didalam kufur
tanpanama 26 feb 7;13pm.
memang sama2 sholat kot,tapi bukankah sholat yang di terima di sisi Allah itu,ada tanda2nya,antaranya..hatinya tenang,ungkapannya elok,dan hatinya cenderung utk menyokong org tang baik2,tidak rasuah,,bukan playboy,hatinya berkobar2 nak sangat dijalankan hukum2 secara islam.
kes DSAI dah cacamerba pun masih di truskan tak nak pulak bicara kat mahkamah syariah,
Catat Ulasan