Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SAYA BUKAN DIUPAH UNTUK MASUK PAS

>> 28 Februari 2011


DESA MURNI-Bob Lukman petang tadi sempat merayu para pengundi DUN Kerdau agar menerima perjuangan PAS kerana menurut beliau yang pernah bergiat cergas dalam kempen pilihanraya kecil dan pilihanraya Umum sebelum ini menjelaskan bahawa beliau pernah berkempen di Baling bagi memenangkan calon Barisan Nasional yang sudah tentunya mendapat habuan kewangan dan tidak sebagaimana ketika beliau berada di pentas PAS.

Menurut Lukman lagi, beliau kini bermatlamat bahawa semua yang beliau lalui dahulunya dan kini setelah menerima hidayah beliau tahu erti sebenar perjuangan.Menurut beliau"Saya yang dahulunya melihat bahawa semuanya itu adalah semata-mata untuk keseronokan duniawi, kini saya kembali bagi membantu perjuangan bagi memartabatkan islam itu sendiri.Bila kita melakukan kesalahan , maka lebih mudah memohon kepada Tuhan dari memohon kepada manusia,maka saya memohon maaf kerana saya dipertemukan dengan Ir Nizar Jamaluddin dan juga anak Taib Azamuddin" katanya

Saya kagum dengan anak-anak muda yang tahu bahawa perjuangan bermatalamatkan menuju kepada sebuah negara Islamic ini menyedarkan saya"Saya lihat anak-anak muda ini macam budak rock, namun sembahyang tidak tinggal dan sempat pula mendakwah kita.Inilah yang tidak ada pada Umno dan apa yang saya lihat ialah pendokong dan penyokong PAS ini iklas hadir sebagai pejuang tulin" jelas beliau lagi.


Apa yang saya lalui dahulunya dalam keadaan "Laqo" atau lalai dalam banyak hal , namun semua ustaz yang saya jumpa semuanya adalah pendokong kepada PAS . Maka saya terfikir bahawa adakah saya sendiri yang mendapat ilmu ini tidak mahu menyokong perjuangan PAS ini.

Beliau sempat menjelaskan bahawa jika calon Bn yang mahu membuktikan bahawa beliau adalah seorang lulusan alazhar, maka luas lagilah seorang yang berkelulusan sebagai seorang jurukur tanah untuk menyedari bahawa ilmu Islam itu lebih luas dari yang punya sijil akademik dan tahu tentang hal islam.

"Kalau kita ada seribu orang disini, maka tugas itu dianggap selesai.Setiap seorang mencari seorang pengundi yang lainnnya , maka kerana itu usaha ini harus dilakukan".

Menurut Lukman lagi, perlunya penjelasan bahawa bukan semua yang kita ada ini kita mahukan yang baru, akan tetapi ialah perjuangan dan kemenangan bagi menidakkan kemenangan calon Umno dan seterusnya menegakkan sebuah negara yang lebih baik untuk semua rakyatnya. 
wrlr.blogspot.com

Read more...

SAMAN EKOR : KERAJAAN TIDAK UTAMAKAN RAKYAT / سامن ايکور : کراجأن تيدق اوتاماکن رعيت

>> 27 Februari 2011

Wak Jono   

Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib. Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik? Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:


i.  Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.
Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan. 

ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus
Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.

iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju
Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga  dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.
iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun

PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.

Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T).  Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.

Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.

Read more...

ISTIQAMAHLAH DALAM PERJUANGAN - ADUN CHANGKAT JONG / استقامهله دالم ڤرجواڠن - ادون چڠکت جوڠ


TELUK INTAN, 26 Februari - Ahli-ahli PAS perlu istiqamah di dalam berjuang dan usah berniat untuk berhenti dalam perjuangan. Demikian dinyatakan oleh YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan serentak PAS Cawangan Kg. Sungai Samak dan PAS Cawangan Sungai Manila. Majlis telah diadakan di rumah Sdr. Saifuddin Abd. Hamid, Ketua PAS Cawangan Kg. Sungai Samak.

"Kita perlu yakin bahawa perjuangan yang kita lalui ini adalah perjuangan yang benar maka setiap usaha dan amalan kita demi menegakkan agama Allah akan dinilai sebagai pahala oleh Allah SWT."

Menurut beliau lagi, oleh kerana itu para ahli PAS perlu memantapkan hubungan dengan Allah di samping sentiasa memurnikan aqidah sebagaimana Rasulullah mengutamakan tarbiyyah aqidah terhadap para sahabat pada zaman awal penyebaran dakwah di Mekah.
Ketua PAS Sg. Samak Sdr. Saifuddin menyampaikan ucapan.

"Oleh kerana itu, apabila ada manusia yang tidak menjaga hubungan dengan Allah maka mereka telah menjadikan politik itu kotor. Sebenarnya pengamal politik itulah yang kotor. Mereka menggunakan media menyebarkan fitnah, menggunakan jentera kerajaan dalam dalam kempen pilihan raya, rasuah dan sebagainya," tambah beliau lagi.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian.

(Kanan) Sdr. Kasdi, Naib Ketua PKR Cabang Teluk Intan turut hadir.

Antara yang turut hadir ialah Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan YDP PAS Teluk Intan, Sdr. Kasdi Naib Ketua Cabang PKR Teluk Intan, Hj. Yusuf Ketua PAS Cawangan Sungai Manila.

Sebelum itu, di dalam ucapan aluan Sdr. Saifuddin telah menyatakan bahawa perjuangan di dalam PAS merupakan usaha menyambung perjuangan Rasulullah dan para sahabat yang perlu disertai oleh setiap umat yang cintakan Islam.

"Islam bukan hanya sekadar agama malah ia menyedia dan mengatur umatnya dalam semua bidang sama ada sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Ini adalah kerana, setiap apa sahaja yang kita lakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak," ujar beliau.
YB Anuar menyampaikan sijil ucapan hari lahir.

"Tahniah, selamat hari lahir," kata YB Anuar.

Di dalam majlis itu juga, YB Anuar telah menyampaikan sijil ucapan hari lahir kepada beberapa orang ahli dan penyokong yang lahir dalam bulan Januari dan Februari. Apa yang istimewanya juga, kebetulan tarikh lahir YB Anuar jatuh dalam bulan Februari. Kemudian, YB Anuar bersama-sama membelah kek hari lahir sebagai meraikan ulang tahun kelahiran masing-masing.
YB Anuar dan ahli yang menyambut hari lahir memotong kek hari lahir.
 
YB Anuar bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ANTARA DUA DARJAT

Read more...

NAJIB, BERTAUBATLAH...! / نجيب، برتوبتله...!

>> 26 Februari 2011


KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi  sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.

Read more...

SUASANA PENAMAAN CALON DIKERDAU & MERLIMAU





 KERDAU







 MERLIMAU

Read more...

ZIARAH RAKYAT : WANITA CACAT PENGLIHATAN MENDAPAT PERHATIAN ADUN CHANGKAT JONG / زياره رعيت : وانيتا چاچت ڤڠليهتن منداڤت ڤرهاتين ادون چڠکت جوڠ

>> 25 Februari 2011


TELUK INTAN, 25 Februari - Dalam siri ziarah rakyat minggu ini, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah mengunjungi Kg. Banjar. Program bermula dengan solat Jumaat bersama-sama penduduk kampung di Masjid Kampung Banjar. Turut serta ialah Sdr. Mokhtar bin Hassan ,Setiausaha PAS Cawangan Kg. Banjar.

Setelah solat Jumaat, YB Anuar telah dibawa menziarahi rumah seorang warga emas yang cacat penglihatan. Kesukaran hidup Puan Fatimah binti Mustafa, 55,  telah mendapat perhatian ADUN Changkat Jong. Menurut Puan Fatimah yang tinggal seorang diri di kediamannya, matanya menjadi bertambah rabun apabila telah meningkat usia. Namun begitu, setiap hari keluarga adiknya akan datang menjenguk keadaannya.

Beliau pernah menerima daripada pihak bantuan baitulmal tetapi bagi tahun ini tmasih belum lagi menerima bantuan kerana baru membuat permohonan baru. Kemungkinan pada bulan April barulah beliau mendapat semula bantuan baitulmal tersebut.

Di dalam pertemuan tersebut, YB Anuar meminta pihak PAS Cawangan agar sentiasa memberi perhatian dan bantuan kepada Puan Fatimah agar segala masalahnya dapat diselesaikan. YB Anuar turut menyampaikan sumbangan kepada Puan Fatimah.
YB Anuar dan Sdr. Mokhtar meneliti surat sementara kad pengenalan Puan Fatimah.

Bagi Puan Fatimah kehadiran ADUN Changkat Jong ke rumahnya sebagai sesuatu yang tidak disangka. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Anuar dan pihak PAS Cawangan yang sentiasa prihatin akan masalahnya.
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas di rumahnya.

Selepas itu, YB Anuar sempat meluangkan masa menziarahi ke sebuah rumah seorang warga emas yang keuzuran di Kg. Padang Tembak.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

EXCO PERAK MANA YANG KENA SIASAT TU ?

>> 24 Februari 2011

Harakahdaily   
IPOH, 24 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah diberikan maklumat bahawa salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak baru-baru ini," kata Mohd Munir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Kami juga difahamkan bahawa Exco yang terbabit dalam siasatan SPRM tersebut merupakan ‘orang lama’ yang penting di dalam barisan kepimpinan Datuk Seri Zambry," katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Perak mendesak Datuk Seri Zambry untuk mengesah dan menjelaskan isu tersebut bagi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya. Isytihar harta
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri  mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri.

Perkara tersebut bagi membuktikan bahawa semua Exco kerajaan negeri bersih daripada amalan rasuah dan perkara tersebut adalah penting untuk menilai mana-mana pihak agar menunjukkan latar belakang yang bersih.

"Pemuda PAS Perak  menunggu respon Datuk Seri Zambry bagi membuktikan perkara tersebut, jika Datuk Seri Zambry gagal mengisytiharkannya sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor, akan   menunjukan persepsi bahawa mereka tidak bersih sepertimana yang didakwa," kata Naib Ketuanya, Salman Haji Saleh.

Pemuda PAS Perak, katanya, yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia bagi membuktikan dengan cara mengisytiharkan harta mereka pada bila-bila masa.

Pemuda PAS juga yakin Umno/Barisan Nasional (BN) akan  terus memberikan pelbagai alasan bagi melaksanakan perkara tersebut, katanya.

Read more...

MOHD. HAKIM BIN LOKMAN / محمد حاکيم بن لقمان

>> 23 Februari 2011


ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka.

Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Baca selanjutnya di sini.

Read more...

SUMBANGAN KERUSI RODA KEPADA PESAKIT KENCING MANIS / سومبڠن کروسي رودا کڤد ڤساکيت کنچيڠ مانيس


TELUK INTAN, 23 Februari - Pada 11 Februari yang lepas, ADUN Changkat Jong telah melakukan ziarah rakyat di Kg. Changkat Jong. Salah seorang penduduk kampung yang telah diziarahi ialah Sdr. Mujilan Salim, 50, seorang pesakit kencing manis yang telah terlantar di rumahnya selama setahun tanpa mendapat sebarang bantuan.
YB Anuar ketika menziarahi Sdr. Mujilan.

Di dalam pertemuan tersebut, YB Anuar amat bersimpati dengan nasib pesakit tersebut dan berjanji akan membawa kes ini kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Teluk Intan.

Sila baca lawatan tersebut di sini.

Selepas ziarah tersebut sebenarnya pihak ADUN Changkat Jong telah segera memaklumkan kepada Sdr. Hacharan Singh, Ketua DHPP Teluk Intan yang memang ditugaskan menghubungi pihak JKM. 

Hasil tindakan pantas oleh pihak YB Anuar maka dalam tempoh seminggu, pesakit kencing manis ini telah mendapat perhatian pihak JKM. Maka pada 16 Februari yang lepas pihak JKM telahpun menyerahkan bantuan kerusi roda kepada Sdr. Mujilan. Penyerahan kerusi roda telah diadakan di rumah beliau.

Pada hari yang sama, wakil ADUN Changkat Jong iaitu Sdr. Hacharan Singh telah mengunjungi Sdr. Mujilan dan memberikan sumbangan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan Sdr. Sarguna, Ketua Cawangan PAS Batu 9 Changkat Jong Sdr. Salleh Ibrahim dan Setiausaha PAS Cawangan.
Ketua Cawangan PAS, Sdr. Salleh menyerahkan sumbangan kepada ibu Sdr. Mujilan sambil diperhatikan oleh Sdr. Hacharan dan Sarguna.

Menurut Sdr. Hacharan Sing, selain mendapat bantuan kerusi roda, Sdr. Mujilan juga akan mendapat bantuan bantuan bulanan JKM sementara ibunya pula akan mendapat bantuan daripada pihak Baitulmal.

"Pihak ADUN Changkat Jong memang akan sentiasa memastikan sedaya upaya agar segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak JKM Teluk Intan yang telah memberikan bantuan kerusi roda kepada pesakit ini," tambah beliau lagi.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

12 JAMINAN PAS UNTUK MENGUPAYAKAN BANGSA MELAYU

>> 20 Februari 2011


SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6.  PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7.  PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Read more...

PROGAM ZIARAH RAKYAT DI KAMPUNG SUNGAI KERAWAI / ڤروݢم زياره رعيت د کامڤوڠ سوڠاي کراواي

>> 19 Februari 2011


TELUK INTAN, 18 Februari - Bertemu serta meninjau keadaan keadaan rakyat merupakan agenda utama bagi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Oleh itu, program Ziarah Rakyat minggu ini adalah di Kg. Sungai Kerawai.
Berbual mesra dengan penduduk kampung selepas solat Jumaat.

Bermula dengan solat fadhu Jumaat di Masjid Kg. Sungai Kerawai, di situ YB Anuar Sudin berpeluang bertemu dengan para jemaah masjid. Peluang tersebut diambil sebaik mungkin oleh pihak ADUN Changkat Jong untuk bertanya khabar serta berbual mesra dengan penduduk kampung.

Turut hadir ialah Pembantu Khas ADUN Hj. Mohd. Akram bin Ayub dan Ketua PAS Cawangan Kg. Sungai Kerawai Hj. Jumali Sadeli.

Selepas solat Jumaat, rombongan ADUN telah dibawa menziarahi dua buah rumah warga emas.
Sdr.  Baharuddin menderita sakit stroke.

Berbesar hati menerima kehadiran wakil rakyat.

YB Anuar telah dibawa menziarahi seorang penduduk keuzuran akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya dan stroke. Sdr. Baharuddin, 63, kini pernah terlibat kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu dan kemudiannya mengalami stroke yang menyebabkan beliau uzur.
Ketua Cawangan ,Hj. Jumali (kiri) dan Hj. Akram pembantu khas YB turut hadir.

Kemudian, rombongan ADUN menziarahi seorang warga emas wanita berusia 80 tahun yang telah terlantar hampir dua tahun akibat menderita sakit saraf. Kini beliau tinggal berdua dengan suami di rumah tersebut.
Menjejaki masalah rakyat.

YB Anuar memberi penerangan tentang cara solat orang sakit atau uzur yang terbaring.

Di dalam perbualan, YB Anuar sempat menyentuh tentang aspek kepentingan solat fadhu dalam keadaan pesakit yang terbaring. Penerangan yang begitu baik oleh YB Anuar tentang cara solat dan wudhu untuk pesakit yang terbaring telah memberikan pemahaman kepada warga emas suami isteri.
Warga emas ini bersyukur sambil berdoa selepas katilnya diubah mengadap kiblat bagi memudahkannya melakukan solat fardhu.

Justeru, YB Anuar terus mencadang agar katil isteri warga emas tersebut diubah mengadap kiblat agar mudah melakukan solat. Maka ahli rombongan bersama-sama mengangkat katil bagi mengubah kedudukan katil tersebut. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Anuar yang begitu prihatin kepada masalah mereka terutama di dalam aspek melakukan ibadah fardhu.

Sesungguhnya usaha murni tersebut telah memberikan kepuasan kepada pihak ADUN Changkat Jong yang telah sedikit sebanyak memberikan khidmat kebajikan kepada penduduk.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

PRK KERDAU SERENTAK DENGAN MERLIMAU / کرداو سرنتق دڠن مرليماو

>> 18 Februari 2011


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Read more...

PROGRAM LIQA FIKRI PAS TELUK INTAN / ڤروݢرام ليق الفيکري ڤاس تلوق اينتن



TELUK INTAN, 16 Februari – PAS Kawasan Teluk Intan  melalui Lujnah Tarbiyyah kawasan telah menganjurkan program bulanan Liqa Fikri bagi bulan Februari. Program telah  telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak.

Program Liqa Fikri kali ini, giliran PAS Cawangan Kg. Padang Tembak Dalam telah diamanahkan untuk mengendalikan majlis dari mula hingga ke akhirnya. Naqib jemputan pula ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Hj. Abu Bakar bin Hussain yang tekah membentangkan tajuk Fadhilat al Fahmu.

Kehadiran ahli pada malam tersebut amat menggalakkan yang mana telah dihadiri pimpinan PAS kawasan dan cawangan. Antara yang hadir ialah YDP PAS Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.
Ustaz Abu Bakar dan YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail.

Selain penjelasan tentang konsep al Fahmu, Ustaz Abu Bakar juga menyentuh tentang Kempen Sifar Ponteng Program Parti.

“Sepatutnya para ahli amat peka dengan setiap arahan pimpinan parti terutama apabila memerlukan ahli hadir ke program parti. Ahli mesti melihat arahan tersebut satu kewajipan sebagaimana kaedah fiqh iaitu “setiap suruhan membawa makna wajib”.

“Oleh kerana itu, para ahli perlu ada ilmu supaya mereka mampu memahami dari sudut aulawiyatnya iaitu dengan bijak menyusun mengikut keutamaan bagi setiap program parti, urusan peribadi dan keluarga”, tambah beliau.

Sebelum itu, para hadirin telah bersama-sama mengerjakan solat Maghrib dan membaca zikir al ma’thurat.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

PAK LAWAK MODEN.... / ڤق لاوق موديرن


PAS menanggap kenyataan Dr Mahathir Mohamad - bahawa tujuan hidup Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya - adalah sesuatu yang kelakar kerana tiada parti politik yang enggan mendapat kejayaan itu.

"Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

Dalam satu kenyataan petang ini, Idris mendakwa sepanjang Dr Mahathir memimpin Umno, beliau juga bermati-matian "melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi" kerana hendak menang pilihan raya.

"Memang PAS hendak menang pilihanr aya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan.

"Perjuangan PAS berbeza dengan umno. Umno menjadikan Islam sebagai alat, bukan matlamat," dakwa Idris lagi.

Beliau juga berkata, sepanjang mengadakan kerjasama politi dengan parti berlainan idealogi dalam Pakatan Rakyat, tiada sebarang kerugian terhadap parti dan Islam di negara itu.

Read more...

NGO PAKAT TUMBANGKAN BN

>> 17 Februari 2011

PETALING JAYA, 17 Feb: Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan  Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan.

Read more...

RUNTUHNYA KERAJAAN AKIBAT RUNTUHNYA AKHLAK PEMIMPIN

>> 15 Februari 2011


TELUK INTAN, 15 Februari - Sejarah telah menbuktikan bahawa kebanyakan kerajaan dahulu telah runtuh adalah akibat keruntuhan akhlak para pemimpin kerajaan tersebut. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW amat menekankan aspek akhlak terhadap umatnya. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa berucap merasmikan Karnival Sambutan Maulidur Rasul (KARISMA) di Taman Melor yang dianjurkan oleh Surau Diri Jumaat Al-Maaidah, Taman Melor.
YB Anuar turut serta acara perarakan Maulidur Rasul bersama penduduk.

Isteri YB, Pn. Hjh. Faridah turut serta perarakan.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan.

Menurut beliau, sebaliknya apabila pemimpin berakhlak maka rakyat akan berakhlak dan negara akan dilimpahi kurniaan Allah SWT. Namun, umat Islam di negara ini sepatutnya lebih berwaspada akan bala daripada Allah kerana gejala keruntuhan  akhlak semakin berleluasa. Tambahan pula, keruntuhan  akhlak itu berlaku di kalangan pemimpin negara seperti rasuah, penyalahangunaan kuasa, zina, dan sebagainya yang boleh mengundang keada kemurkaan Allah SWT.

"Kunci kepada akhlak ialah taqwa. Oleh itu, setiap umat Islam sepatutnya berusaha sentiasa meningkatkan ketaqwaan secara istiqamah atau berterusan," tambah beliau lagi.
YB Anuar bersama Pengerusi Surau, Sdr. Shaari Abdullah (kiri) dan penasihat program, Ust. Wan Azli Hj. Wan Cik (kanan).

YB Anuar merasmikan KARISMA.

YB Anuar sedang menanda tangani banner perasmian.

Sebelum itu, YB Anuar turut bersama penduduk menyertai perarakan Maulidur Rasul di sekitar kawasan perumahan Taman Melor.  Lebih 10 kontijen yang mewakili pelbagai pihak telah menyertai perarakan tersebut. Di samping itu, gerai-gerai pameran dan jualan di sekitar surau turut memeriahkan karnival.


YB Anuar menyampaikan cenderamata kepada seorang wakil kontinjen perarakan.

Menurut Pengerusi SDJ Al-Maaidah Sdr. Shaari Abdullah, antara objektif KARISMA ialah untuk meningkatkan kecintaan umat Islam kepada Rasulullah SAW selain dapat mengeratkan  silaturahim penduduk setempat.

Selepas acara perasmian, para hadirin berpeluang mendengar ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah terkenal Ustaz Akhil Hayy.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP