BUKA TUDUNG DEMI ANAK... / بوک تودوڠ دمي انق...
>> 11 November 2010
Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.
Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut. "Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung".
Dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi. "Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja".
"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV". Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.
"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun, saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak".
Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa. "Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya"
- Camar putih

6 ulasan:
Kalau melaksanakan amalan sembahyang lima waktu yang diperintah Allah pun belum tentu masuk syurga, apalagi tidak melaksanakan perintah Allah supaya menutup aurat (memakai tudung). Bukan setakat ibu mertua, semua penonton, bahkan junjungan mulia Nabi Mohammad pun tak akan kembali ke dunia kerana mahu menegur atau marahkan kamu kerana tak memakai tudung kepala ni. Teruskan, kerana yang dihukum dayus nanti bukanya kamu...
ayat lama....x semestinya tutup aurat masuk syurga....x semestinya solat masuk syurga....setiap muslimin & muslimat buat semua tu bukan sekadar masuk syurga...tapi PATUH PADA PERINTAH ALLAH....ITU NO.1... KALAU ko X PATUH PERINTAH ALLAH maknanya apa...ko nak tempah hotel mana di akhirat....bila org kata kat geng macm ni....depa ni jwb...'biarle org nak mengumpat' ..'boleh kita pahala'....itulah jahil murakkab....
Ooooo sebab anak yaaa.... sebab anak suruh masuk program maksiat maka sanggup buka tudung... hai baiknya emak dan bapak kerana anak sanggup langgar Hukum Allah. Apa nak jadi la melayu ni...
kalau dah mengaku Islam wajiblah ikut perintah Allah S.W.T. ini perintah anak yang diikutnya... kalau anak ko suruh makan taik ko makan la... pandai punya mak-bapak.. patutlah masalah sosial semakin menjadi2, mak-bapak dah tak mampu nak didik dan kawal anak... anak pulak yang suruh2 mak-bapak... SUBHANALLAH!!!
Lindungilah kami dari fitnah akhir zaman ini ya Allah...
yang laki pun dok tersengeh2 tak tau apa yang dia dah buat dan akain dia hadapi... DAYUS!!!!
ape nak heran. dulu dia hidup zaman islam had hari. sekarang plak ada busana muslimat yang di naungi muslimah TUDUNG JEBOBOK..(RAMBUT KEMBANG) . Itulah cara tutup aurat zaman sekarang kot.
yang aku muskil.. bila kat mekah semua tutup aurat tapi bila balik ... lain plak. so..maknanya allah taala ada kat mekah ajer kot lah yer.. samalah ngan kakak kita nie.. alasan orang sesat. hukum islam tak boleh buat main. harap kita jangan ikut akal seperti ini.
kalau dari segi politik tempe..
pagi kedele.. petang tempe.. lwebuh kurang mat kotak and mat katak
pehal mak montuo nak marah? BAcul nyo suami..
Astgahfirullah.... Ya Allah ampunkan semua dosa-dosaku dan dosa2 umat Islam hari ini.Fahami tauhid wahai saudara2ku. Isu syurga adalah atas rahmat Allah. Apabila kita bergelar hamba maka wajib bagi kita taat. Fahami dan selami tauhid agar tidak terkeluar dari landasan baik perbuatan, percakapan mahupun niat.. Wallahu'alam
Catat Ulasan