Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

JANGAN TAKUT UGUTAN UMNO JIKA PANGKAH PAS / جاڠن تاکوت اوݢوتن امنو جک ڤڠکه ڤاس

>> 01 November 2010






GUA MUSANG, 1 Nov - Rakyat diminta tidak termakan dengan taktik lama Umno semasa proses mencalit kertas undi pada 4 November ini.

YB Zaki Ibrahim menegaskan perkara itu di hadapan kira-kira 50 orang pengundi di Dun Galas di Tapak Pasar Lama Gua Musang.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, pengundi tetap tidak berganjak untuk mendengar sambil berteduh di bawah bumbung warung berhampiran.

Tegas beliau lagi, dalam keadaan negara demokrasi sebegini, rakyat berhak membuat pilihan dan tidak perlu takut dengan ugutan jentera-jentera Umno yang menggertak mereka dengan pelbagai helah.

"Rakyat jangan tertipu dengan kata-kata bahawa jika memilih PAS, anak-anak mereka bakal tidak mendapat pekerjaan, segala kemudahan ditarik balik, tidak mendapat wang serta pelbagai ugutan lagi."

"Putera, Puteri Umno menakutkan masyarakat dengan mengatakan mereka boleh melihat undi rakyat melalui skrin televisyen."

Perkara ini telah menceroboh keamanan pengundi sehingga mereka takut untuk memangkah PAS, jika mereka mahu. Sekiranya mereka memangkah PAS, mereka takut menghadapi kesukaran-kesurakan di hari-hari seterusnya.

Menurut beliau, ini kerja jahat, menipu orang-orang kampung.

Rakyat juga diingatkan supaya keluar mengundi awal supaya tidak menghadapi masalah terutamanya berhadapan dengan pengundi hantu. Sebelum ini, ada beberapa kes di pilihanraya lepas yang mana apabila mahu mencalit undi, nama dan nombor kad pengenalan mereka sudah digunakan oleh orang lain. Ini adalah kerja-kerja hantu.

Menurut beliau lagi, satu lagi taktik Umno telah dikenalpasti menipu pengundi. Mereka meminta rakyat menyerahkan kad pengenalan dan memberikan hadiah televisyen, mencuri kad pengenalan dan membuat kad pengenalan palsu.

"Rakyat bebas mengundi parti mana yang mereka mahu. Negara kita negara demokrasi. Tidak perlu takut mempertahankannya. Umno pun jangan takut sangat dengan PAS sampaikan perlu menipu rakyat. Kalau ada kes-kes sebegini, segera lapor pada polis. Sekarang kita berlawan secara baik. Jangan takut sangat kepada PAS sampai membuat taktik-taktik khianat."

Beliau turut meminta Umno meyemak janji-janji yang mereka taburkan kepada rakyat di kempen-kempen pilihanraya mereka. "Di Manek Urai, mereka berjanji untuk membina jambatan menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai baru. Sehingga kini tapak tanah pun belum ditetapkan lagi, malah rundingan dengan kerajaan negeri pun belum mereka buat. Pengundi-pengundi di peti undi Manek Urai lama banyak yang kena tipu."

"Begitu juga yang berlaku di Pengkalan Pasir. Umno janji nak membina longkang besar dan bermacam-macam lagi untuk rakyat di sana. Sudah lima tahun rakyat Pasir Mas menunggu. Namun tidak ada langsung usaha untuk mengotakan janji-janji tersebut."

"Inilah Umno. Kini datang menabur janji pula di Galas."

Beliau turut mengingatkan hadirin tentang kerajaan Islam PAS Kelantan yang sifar rasuah selama dua dekad pemerintahannya. "Kita meletakkan Allah di  hadapan. Kita takut dengan hanya rasuah seringgit dua lalu kita mendapat imbalan dua tiga tahun dibakar api neraka."

Tegas beliau di majlis yang turut dihadiri YB Chan Ming Kai (ADUN SImpang Pulai), YB Abdullah Mohd Nawi (Adun Wakaf Bharu), YB Azman Shapawi (Dungun) dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

YB Abdullah Md Nawi yang berucap di majlis yang sama turut mengingatkan pengundi bahawa kerajaan PAS yang telah memerintah selama 20 tahun dengan segala tekanan telah berjaya menyempurnakan keadilan kepada seluruh rakyat tanpa mengira batas kaum dan agama. Sehingga kini masyarakat Cina berbondong-bondong menyertai PAS kerana mereka merasa selamat di dalamnya.

Beliau turut mengembalikan memori terhadap arwah bekas ADUN Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima, "Beliau sanggup memberikan dirinya untuk kepentingan rakyat. Sehingga  di saat-saat akhir beliau di mana beliau sedang tenat pun, apabila diberitakan seorang rakyat sedang sakit, beliau sempat berkata 'kita kena pergi melawat segera.'"

"Sekarang ini PAS menghantar Dr Zul kepada rakyat. Dr Zul sanggup menyambung segala kerja-kerja yang ditinggalkan oleh arwah sebelum ini. Kalau rakyat memberi kuasa tersebut kepada Umno, kerja-kerja ini akan tertunggak dan menyusahkan rakyat kerana kerja-kerja di Gua Musang  banyak melibatkan hubungan dengan kerajaan negeri seperti projek-projek tanah. Untuk memudahkan urusan mengendalikannya, seharusnya ADUN yang bakal dilantik adalah daripada pihak kerajaan negeri," tekan beliau.

0 ulasan:

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP