CARA PAS FAHAM POLITIK BERBEZA DENGAN UMNO - TIMBALAN PRESIDEN PAS / چارا ڤاس فهم ڤوليتيک بربيذا دڠن امنو - تيمبالن ڤريسيدن ڤاس
>> 28 November 2010
TELUK INTAN, 27 November - Politik yang dibawa oleh PAS adalah sangat berbeza dengan politik yang dibawa oleh UMNO. Itulah antara rahsianya PAS dapat kekal di persada dakwah dan politik negara walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Beliau menyampaikan dalam majlis Ceramah Perdana anjuran PAS Kawasan Teluk Intan. Ceramah telah di adakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
PAS, menurut Ustaz Nasaruddin mengambil siasah (politik) sebagai satu cara untuk mengurus dan memandu manusia agar manusia suka kepada kebaikan.
"Kita menggunakan politik untuk mengajak manusia ke arah yang baik dan mencegah manusia daripada melakukan yang tidak baik. Kita menjadikan politik sebagai satu cara untuk mengajak rakyat bersikap jujur, jauhi rasuah dan sebagainya."
"PAS juga berpolitik dengan pemahaman bahawa segala yang dilakukan di dunia ini tidak akan terhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya, segala apa yang dilakukan di dunia ini akan dibawa ke akhirat untuk dipertangungjawabkan dan menerima balasan baik atau buruk."
Politik begini akan membawa negara kepada sebuah negara yang aman makmur di bawah keredhaan dan keampunan Allah SWT.
Menurut beliau lagi yang merupakan ahli parlimen Bachok, ini amat berbeza dengan UMNO yang menjadikan politik sebagai alat untuk duniawi semata-mata tanpa memperkirakan balasan di akhirat. Apabila sesuatu amanah itu diberikan kepada yang bukan ahli maka akan tibalah saat kehancuran seperti gejala sosial yang semakin membarah, rasuah, kezaliman, wabak penyakit dan sebagainya.
Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada rakyat memilih pemimpin dan parti yang benar-benar membawa kesejahteraan secara seimbang dunia dan akhirat. Dalam konteks ini ialah memilih pemimpin di dalam pilihan raya.
Apabila diberikan amanah kepada pemimpin yang bukan ahlinya maka ia dapat dilihat di negara ini. Dalam keadaan ekonomi menguncup, pemimpin BN sanggup membina bangunan 100 tingkat. Dalam keadaan gejala sosial yang kronik, atas nama menjana ekonomi negara pemimpin UMNO menjadikan negara ini sebagai hub hiburan malam yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu.
Oleh itu, Timbalan Presiden PAS menyeru kepada rakyat agar melakukan perubahan dalam PRU akan datang demi menyelamatkan negara daripada terus dipimpin oleh pemimpin yang rakus.
YB Anuar dan YB Zainuddin turut berceramah. |
Kehadiran begitu ramai walaupun sebelumnya hujan turun. |
Beliau juga menyentuh tentang konsep tahaluf siyasi dan penubuhan sayap baru Dewan Himpunan Penyokong PAS. Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh PAS kini menjadi satu kejayaan yang besar dan mendapat pujian dan panduan kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia.
intanhijau.blogspot.com
2 ulasan:
Catatan ceramah Tim.Presiden PAS,Nasaruddin Mat Isa ni merupakan hal biasa aje.Tak ada yang baru.Dalam membezakan matlamat politik PAS berbanding dengan UMNO,agak pelik juga,Ustaz Nasa ni masih mau tidur sebantal dengan UMNO.Ini yang mendatangkan delema kepada ahli-ahli PAS - cakap lain,buat lain.Nampaknya Muktamar Pemilihan tak lama lagi,kerana Us.Nasar dah mula turun padang.
Isu lapuk tak payahlah diungkit kecuali kita punya niat tak baik terhadap jemaah.
Catat Ulasan