KAPAL BOCOR, SENGET PALING SESUAI / کاڤل بوچور، سيڠيت ڤاليڠ سسواي
>> 25 November 2010
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berpandangan usaha BN menarik sokongan rakyat dengan menukar lambang dacing akan menjadi sia-sia selagi pemimpinnya di tahap dan takuk yang lama.
Katanya, pelbagai lagi senarai panjang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membuktikan pemimpin BN bukan seperti dacing.
“Pempin BN dilihat seperti dacing senget sebelah, mengamal sikap pilih kasih dalam agih projek, rasis, kronisme, mengamalkan dasar yang menzalami rakyat,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Sebenarnya, kata beliau pemimpin BN kena faham bahawa rakyat menolak BN bukan kerana logo dacing tetapi rakyat menolaknya disebabkan perangai mereka idak seperti dacing.
“Entah apa pula lambang baru BN, dah banyak hari fikir tak ada idea nak berikan. Kalau gambar kapal bocor nak tenggelam, senget sebelah OK juga,” tulisnya dalam laman twitter.
Menurutnya, tidak pernah terbayang BN boleh berhasrat menukar lambang dacing tetapi mungkin berbuat demikian kerana nasihat Apco Yahudi.
Namun, ujarnya harus diingat tidak selamanya BN dan Umno boleh berjaya dengan kerja jahat mereka.
Justeru, katanya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti adalah peluang terbaik rakyat untuk menghukum BN.
Menurutnya, sejak lebih 50 tahun BN dan Umno bertahan menggunakan taktik kotor dengan propaganda media memburukkan lawan dan menyolek diri sendiri kononnya semuanya baik.
“Umno guna Apco Yahudi untuk jadi penasihat sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng guna nasihat beberapa orang pimpinan PAS untuk bercakap Islam, siapa lebih baik,” ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.(harakahdaily)
0 ulasan:
Catat Ulasan