KERAJAAN BN KERAJAAN SONGSANG / کراجأن بي ان، کراجأن سوڠسڠ
>> 23 November 2010
1. Alasannya adalah untuk menangani kes pembuangan bayi dikalangan gadis - gadis yang hamil luar nikah mutaakhir ini yang begitu meningkat angkanya malah menakutkan. Tetapi malang , cara penyelesaian yang diambil oleh pihak kerajaan agak ganjil dan songsang apabila menganjurkan pendidikan seks kepada pelajar - pelajar seawal usia memasuki alam persekolahan.
2. Gejala buang bayi bukan berpunca dari kejahilan mereka mengenai seks . Sebaliknya kerana kemaruk seks lah akhirnya mereka tidak sabar - sabar lagi mahu melakukannya[ zina ] sebelum mereka diijab qabul. Kesannya ialah sesal , takut , malu dan sebagainya lalu mereka mengambil jalan mudah ialah membuang bayi yang mereka lahirkan .
3. Sepatutnya didikan yang mesti diberi kepada pelajar atau remaja ialah bagaimana mahu membina syakhsiah diri yang soleh\ah , bermoral , tahu batas pergaulan , kenal halal dan haram , takut azab Allah , memahami adab berkomunikasi , adab keluar rumah , mengenali kawan dan sahabat , mentaati ibubapa , menghormati guru , tahu batasan aurat dan sebagainya . Bukan diajar mengenai seks ! sebab isunya ialah kes buang bayi bukan implikasi kepada kejahilan mengenai seks tetapi implikasi dari pergaulan bebas , tidak mengenal dosa dan pahala , tidak takut azab Allah , tidak menutup aurat dan tidak pandai memilih kawan atau sahabat .
4. Memang ganjil dan songsang tindakan sedemikian . Saya tidak nafi di dalam Islam pun ada bab dan fasal mengenai pendidikan seks namun ia bukan lah menjadi subjek yang wajar didedah dan diajar kepada pelajar sekolah seawal usia mereka di alam persekolahan . Sebaliknya mereka dididik agar memahami agama dengan baik dan membina peribadi yang soleh\ah. Justeru itulah benteng mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar yang akhirnya membuntingkan mereka dan meleret pula kepada jenayah buang bayi .
5. Pemikiran songsang ini wajar ditolak . Sebelum ini mereka mahu menubuhkan bank bayi kononnya jua untuk mengatasi kes pembuangan bayi . Mereka juga menubuhkan sekolah mengandung atau wanita hamil atas alasan yang sama . Seketika dulu mereka mempromosikan penggunaan kondom untuk mengatasi isu buang bayi . Semua ini mengarut . Kerana ia tidak menyelesaikan masaalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku .
6. Kelihatan seperti mereka mahu melindungi sesuatu , lalu meracau mengemukakan cadangan yang songsang sebegini agar masyarakat tidak fokus pada isu sebenar iaitu zina , maksiat dan mungkar yang lain . Zina seolah - olah tidak menjadi masaalah kepada kerajaan BN . Berkempen menentang zina ialah PAS , Ngo - ngo Islam dan orang perorangan . Pihak kerajaan seperti mahu menggalakkannya .
7. Sebab itu tidak hairan kalau kerajaan songsang ini mencadangkan usaha melonjak ekonomi negara melalui ETP ialah dengan menjadikan malaysia sebagai Hub Hiburan . Kelab - kelab malam yang menjadi pusat berkumpul dan membiaknya kupu - kupu malam , pelacuran , pil extasy , pil kuda dan arak ini mahu terus disuburkan . Selayaknya kerajaan BN serius membasmi pusat maksiat , kempen anti zina , mengenakan undang - undang selayaknya bagi mereka berzina seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi mereka yang telah merasai persetubuhan yang halal .
8. Pendidikan dan penguatkuasaan undang - undang mesti berjalan serentak. Sebelum ini banyak pihak antaranya Karpal Singh turut mempersoalkan kelemahan pelaksanaan undang - undang dalam negara kita membuatkan jenayah buang bayi terus berleluasa. lantas mereka mencadangkan agar hukuman mandatori mesti dikenakan ke atas pesalah atau penjenayah buang bayi tersebut . Inipun sebahagian dari pemikiran songsang apabila mencadangkan hukuman berat ke atas penjenayah buang bayi tetapi tidak bersetuju hukuman sebat kepada penzina yang mengakibatkan hamil , lahir dan buang bayi .
9. Songsang juga cara fikir dan cara tindak apabila hukuman mendahului proses pendidikan dan pencegahan ! Rakyat atau remaja - remaja ini tidak dididik supaya takutkan azab Allah , menutup aurat , menjauhi pergaulan bebas malah mereka juga tidak dicegah dari berpelesaran di pub - pub , kelab - kelab malam sebaliknya digalakkan pula mereka ke arah itu dengan promosi kondom , arak dan konsert hiburan yang meleka dan melalaikan .
10. Saya harap ulama' mesti bangkit menegur kerajaan BN ini . Terutama Ulama' kerajaan seperti mufti - mufti , qadhi - qadhi , imam - imam dan demikian juga Ulama' muda . Sampai bila nak menegur kerajaan secara rahsia dan senyap sedang mungkar dan maksiat ini membingit ke seluruh negara , merosakkan aqal , budi , akhlak dan aqidah mereka ? atau semuanya sudah songsang ? wali'yazubillah . Berilah petunjukMu Ya Allah kepada pemimpin dan ummah yang masih leka dan lalai .
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar kerajaan BN mengkaji semula pendekatan yang diambil dalam membawa pendidikan seks ini kepada pelajar sekolah atau batalkan sahaja hasrat tersebut, jika tidak ianya akan dilihat oleh rakyat tidak lebih sebagai projek mencari keuntungan melalui satu lagi teks pengajian akan dicetak dan diedarkan .
http://episodeperjuangan.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan