LANGKAH KE PUTRAJAYA BERMULA DI GALAS - ANWAR / لڠکه ک ڤوتراجاي برمولا د ݢالاس - انوار
>> 03 November 2010
GUA MUSANG: Pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dianggap sebagai langkah permulaan sebelum Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pembangkang di parlimen, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan di Galas sangat penting dalam menentukan masa depan negara ini.
“Ia merupakan satu tanggung jawab yang penting bagi memastikan kemenangan di Galas dapat dipertahankan. Ia bukan sekadar sebuah pilihan raya kecil biasa.
“Keputusan di sini merupakan signal awal keupayaan kita melangkah ke Putrajaya,” katanya pada ceramah RPT Sungai Terah di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir, Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.
Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat berharap berlaku peningkatan undi PAS pada pilihan raya kecil Dun Galas.
Beliau yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Umno-BN kini semakin terdesak sekarang sehingga terpaksa menimbulkan isu-isu perkauman bagi mencetuskan ketegangan dalam perpaduan di kalangan rakyat.
Mengulas mengenai pembentangan bajet 2011 di parlimen baru-baru ini katanya ia membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak peka terhadap kesengsaraan rakyat.
“Bajet 2011 yang dibentangkan Najib tidak relevan apabila kerajaan sanggup membiarkan negeri yang miskin di Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak terus berada dalam kemiskinan.
“Kedhaifan mereka dapat dilihat di Batu Sapi, Sabah di mana dalam sebuah kampung hanya mempunyai seorang sahaja pelajar yang mampu pergi ke sekolah,” katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan