1300 ORANG TELAH HADIR KE MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA HJ. NIZAR
>> 27 Februari 2010
Alhamdulillah, itulah ucapan yang pertama keluar setelah selesainya Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin malam tadi (26 Feb. 2010).Kehadiran sebagaimana dijangka iaitu seramai 1300 orang mengikut kupon yang telah dijual sebelumnya. Itupun, masih ada lagi permintaan untuk membeli kupon pada saat-saat akhir namun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi kerana faktor persediaan jamuan dan tempat.
Pada malam itu, seawal jam 8.00 malam orang mulai datang ke markaz. Kelihatan kaum Cina dan India antara yang awal tiba kerana pada masa itu umat Islam baru selesai solat Maghrib. Kemudian selepas itu, orang ramai mula berduyun-duyun tiba.
Berpeluang bersalaman dengan Haji Nizar.
YB Haji Anuar turut bertemu para tetamu.
Bersalaman dengan kaum India.
Bertemu tetamu kaum Cina.
Alhamdulillah, nasib baik kumpulan bentara majlis telah bersiap sedia bertugas menunjukkan meja para tetamu. Para bentara kebanyakannya dari PAS Cawangan Kg. Bahagia. Kelihatan juga para petugas Unit Amal telah mula bertuas mengawal lalu lintas dan tenpat letak kereta.
Para Urus Setia majlis sama ada dalam kalangan muslimin dan muslimat juga telah hadir untk bertugas terutamanya menyambut tetamu yang hadir. YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri turut hadir awal menunggu di pintu masuk kawasan markaz.
Bertanya khabar.
YB Anuar disenangi pengundi Changkat Jong.
Lebih kurang pukul 8.20 malam, Haji Nizarpun tiba. Alhamdulillah, ketibaan Haji Nizar amat melegakan hati kami. Kami sedar, Haji Nizar adalah antara pemimpin yang mengambil berat aka masa. Beliau telah disambut oleh pimpinan kawasan. Kehadiran awal Haji Nizar telah memberi peluang kami membawa beliau bertemu setiap tetamu yang hadir di setiap meja. Kagum dengan sikap beliau yang sanggup bertemu setiap tetamu kecil besar, tua muda. Setiap tetamu didahului jabatan tangan dan senyuman.
Kehadiran Haji Nizar ke setiap meja telah memberi peluang kepada setiap tetamu bersalaman, bertanya khabar serta bergambar kenangan bersama. Mungkin ini adalah saat manis bagi mereka kerana dapat bersua muka, bercakap dan bergambar dengan Wira Rakyat ini. Tidak ketinggalan ADUN Changkat Jong YB Haji Anuar Sudin mengiringi Haji Nizar bertemu rakyat.
Di penghujung sesi bertemu tetamu itu diakhiri dengan ziarah ke rumah mantan YDP Ustaz Abdul Hir Damanhuri yang terletak di belakang markaz atas permntaan Haji Nizar sendiri. Beliau dijemput masuk dan bertemu dengan Ustaz Hir.
Bertemu sahabat lama dalam perjuangan mantan YDP Teluk Intan, Ustaz Abdul Hir.
Mengenang kembali perjuangan dahulu.
Haji Nizar sedang membelah mulut cucu Ustaz Hir.
Membacakan doa.
Setelah bertanya khabar dan bercerita kisah-kisah lama, kebetulan Ustaz Hir baru sahaja mendapat cucu dua hari lepas. Maka Haji Nizar telah diminta membelah mulut bayi tersebut. Alangkah bertuahnya bayi perempuan comel ini. Semoga kelak bayi ini akan menjadi serikandi Islam yang hebat dan cemerlang bagi menyambung meneruskan perjuangan Islam.
Kemudian, barulah Haji Nizar menuju ke meja tetamu khas yang disediakan. Bersedia menunggu duduk ialah YB Haji Anuar, YDP kawasan Ustaz Ismail Che Nik, YB Kesavan, Ketua Bahagian Cabang PKR Teluk Intan Haji Yahya Osman serta Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Perak Sdr. Surianarayanan.
Majlis telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd. Azhar Rafaie. (Bersambung lagi...)
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan