SAMBUTAN MERIAH PROGRAM JOM BERSAMA KARTUNIS ZUNAR
>> 15 Februari 2010
TELUK INTAN, 15 Februari - Sambutan di luar jangkaan. Itu sahaja ayat yang mampu terkeluar apabila ditanya bagaimana sambutan terhadap program Jom Bersama Kartunia Zunar yang telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sebelum ini, pelbagai faktor telah diambil kira. Antaranya cuti sambutan Tahun Baru Cina. Cuti panjang yang mungkin sesetengah para ibu bapa ambil peluang balik kampung.
Namun alhamdulillah, seawal jam 8.00 pagi orang ramai telah mula membanjiri pekarangan kawasan markaz. Para ibu bapa sudah pasti membawa anak-anak untuk pertandingan mewarna. Ditambah pula dengan kehadiran para remaja yang sememangnya meminati acara santai begini apatah lagi ingin melihat sendiri wajah kartunis terkenal, Saudara Zunar.
Tidak cukup dengan itu, diluar jangkaan yang hadir bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu malah turut dihadiri oleh kaum India yang turut tertarik hadir untuk memasuki pertandingan mewarna ini. Malah ada sahabat-sahabat yang memberitahu kalaulah program ini dibuat bukan pada Tahun Baru Cina, pasti kaum Cinapun turut hadir ke program tersebut.
Malahan Saudara Zunar sendiri kagum dengan sambutan yang diberikan. Bagi beliau, sambutan orang ramai di Teluk Intan adalah antara yang terbaik setakat ini.
"Sebab itu, saya pasti akan menerima jemputan pihak PAS Teluk Intan kerana saya yakin sambutan pasti menggalakkan. Malahan saya telah datang ke sini sebanyak empat kali sebelum ini, " ujar beliau.
Kartun Saya Tidak Lawak Tapi Pemimpin UMNO/BN Yang Lawak
Sementara itu, di dalam ucapannya, Saudara Zunar telah menyentuh tentang hasil-hasil karya beliau.
"Walaupun sentiasa mendapat halangan dan cabaran oleh pihak berkuasa namun saya dan rakan-rakan tidak berputus asa. Kerana apa yang kami paparkan seperti di dalam majalah Perak Darul Kartun contohnya adalah fakta yang benar. Kami rasa rakyat perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku di negara ini, " kata beliau.
Malah menurut beliau tindakan pihak KDN yang merampas setiap kali terbitnya majalah baru beliau sudah menjadi perkara biasa pula.
"Malah saya rasa tidak berasa selesa pula bila majalah kami tak dirampas. Kalaulah majalah baru kami tak dirampas, saya rasa nak menelefon pihak pihak KDN minta datang rampas."
"Sebenarnya, kartun saya tidak lawak. Saya hanya melukis kartun berdasarkan berita dan isu yang berlaku dalam negara kita yang memang lawak yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara. Apa yang berlaku dalam negara kita ini termasuk di Perak bagi rakyat nampak macam lawak. Menjadi bahan ketawa orang ramai bukan sahaja dalam negara malah menjadi bahan lawak di luar negara, "kata beliau.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan