"INDIA PENGEMIS", "CINA JUAL TUBUH" - 12 LAPORAN TELAH DIBUAT
>> 03 Februari 2010
Sekurang-kurang 12 laporan polis dibuat ke atas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka, semalam.
Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin, semua 12 laporan itu dibuat di seluruh negara dan beliau memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.
Ditanya samada Nasir akan ditahan atau diheret ke mahkamah berhubung kenyataannya itu, Mohd Bakri berkata adalah terlalu awal untuk mengulas sementara siasatan dijalankan.
“Biar kami menyiasat terlebih dahulu. Kami mesti mengumpul semua fakta dan saksi. Hanya selepas itu, kami akan menentukan samada untuk menahannya,” katanya.

Ucapan Nasir di Melaka semalam itu menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.
Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.
Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Beberapa jam selepas Malaysiakini mendedahkan berita itu, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan malam semalam mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan.
Beberapa jam selepas Malaysiakini mendedahkan berita itu, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan malam semalam mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan.
Menurut kenyataan media itu lagi, kenyataan Nasir juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.
Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.(malaysiakini)
Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.(malaysiakini)
5 ulasan:
adukataruna cepatnya di ambil tindakan...setpol najib nak teliti lapoiran lah,nak pastikan lah,nak itu lah,nak ini lah.....TANGKAP AJE LE...kenapa////??????.....takut najib marah ke.....kah kah kah keh keh keh.....koh koh koh....kah tekekah kah kah kah
aku langsung tak tekejut dengan skrip begini..
yang aaku terkejut kalau ada tindakan... apa orang kata black goat opo wedos ireng..mamak2. sg smk lagi
serahkan pd pihak berkuasa..negara kita ada undang2...sabor bang mamak kuty...aduka menghina raja patut diambil tindakan...Natsir plak menghina 1malaysia tentu lg teruk tindakanya nnti..makin lama makin kecoh 1malysia..harap2 aman la negara kita dr anasir2 rasis ni...
tolong la jangan bagi lagi kerajaan ke UMNO....semua....sifat, hidup, cara sekular....
link kan blog pemuda tuan..www.paspengkalanarang.blogspot.com
Catat Ulasan