SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT TELUK INTAN BUAT LAPORAN POLIS
>> 07 Februari 2010
TELUK INTAN, 5 Februari - Ekoran daripada ucapan yang berunsur perkauman yang telah dibuat oleh Pembantu Khas Perdana, Datuk Nasir Safar maka Sekretariat Pakatan Rakyat Teluk Intan telah membuat laporan.
Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak. Ia telah diketuai oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin. Turut mengiringi ialah Setiausaha Sekretariat PR Teluk Intan Sdr. Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Bahagian PKR), Timbalan YDP PAS Teluk Intan, Pengerusi Kelab Penyokong Sdr. Hacharan Singh serta AJK dan ahli Kelab Penyokong PAS Teluk Intan dan Langkap. Laporan telah dibuat pada jam 2.45 petang.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Teluk Intan sedang meneliti laporan.
YB Haji Anuar dan Sdr. Mohammad Hashim membuat laporan polis.
Sdr. Hacharan Singh serta AJK Kelab Penyokong turut hadir.
Menurut YB Haji Anuar, pada hari ini (5.2.2010) setiap sekretariat PR seluruh negeri Perak akan membuat laporan polis yang sama iaitu atas isu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pembantu Najib.
Bagi beliau, kenyataan sebegitu merupakan satu contoh betapa UMNO memang selama-lamanya memperjuangan semangat kemelayuan yang melampau sehingga sanggup mengenepikan sensitiviti rakan-rakan kaum yang lain seperti India dan Cina. Bagi beliau, kenyataan tersebut juga seolah-olah menafikan akan sumbangan kaum India dan Cina kepada negara ini.
"Inilah sikap talam dua muka UMNO selama ini. Baik di depan, jahat di belakang. Sedangkan bagi parti-parti dalam Pakatan Rakyat, kita sentiasa berusaha mengukuhkan perhubungan sesama kaum dan kita sentiasa berterus terang sekiranya terdapat sebarang perselisihan agar ia diselesaikan dengan cara yang baik, " ujar beliau.
Pendapat ADUN Changkat Jong turut disokong oleh Pengerusi Kela Penyokong PAS Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh. Bagi beliau, walaupun Datuk Nasir telah pun memohon maaf namun rakyat semua sudah sedar akan sikap sebenar UMNO terhadap lain-lain kaum di negara ini.
"Kita berharap kaum India sedar akan sikap perkauman UMNO ini. Marilah kitamenyertai Pakatan Rakyat khususnya Kelab Penyokong PAS yang memberikan kita ruang dan layanan yang baik kepada kaum-kaum di negara ini," tambah beliau lagi.
YB Haji Anuar ditemu ramah wartawan.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan