YB HJ. ANUAR MELAWAT MANGSA KEBAKARAN
>> 21 Februari 2010
TELUK INTAN, 21 Februari - Petang tadi ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah menziarahi rumah keluarga mangsa kebakaran di Kg. Melayu Langkap. Turut serta ialah TYDP Kawasan Teluk Intan dan Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan.
Di sana, rombongan ADUN telah disambut oleh mangsa kebakaran Sdr. Sazali dan beberapa orang AJK PAS Langkap. YB Haji Anuar telah diberikan penerangan oleh mangsa bagaimana kejadian telah berlaku.
YB Haji Anuar meninjau rumah yang terbakar.
YB Hj. Anuar mendengar penerangan daripada Sdr. Sazali.
Menurut mangsa kebakaran, Sdr. Sazali, kejadian telah berlaku pada waktu pagi hari Jumaat lepas. Pada ketika beberapa orang anaknya telahpun pergi ke sekolah. Beliau menyedari kebakaran di bilik belakang rumahya apabila beliau terdengar letupan kecil dan mendapati api telah mula marak. Api mula marak dengan cepat sehingga menyebabkan beliau hanya sempat mengejut keluarga keluar namun tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga lain.
"Apa yang dikesalkan ialah kelewatan jentera bomba. Yang datang awal ialah pasukan polis," ujar beliau kesal. Kemungkinan punca kebakaran adalah litar pintas akibat pendawaian rumah yang sudah lama.
Ketua Lujnah Kebajikan Kawasan (kiri) dan AJK PAS Langkap.
Sdr. Sazali sedih melihat rumahnya yang terbakar.
Sekarang beliau dan keluarga tinggal buat sementara di kedai makan beliau yang terletak di hadapan rumah.
Sebelum beredar, YB Haji Anuar telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan