MASALAH SAMPAH DAN LONGKANG TERSUMBAT MENDAPAT PERHATIAN ADUN CHANGKAT JONG
>> 10 Februari 2010
TELUK INTAN, 10 Februari - Walaupun keputusan penghakiman MB Perak tidak menyebelahi PR namun itu tidak menurunkan semangat ADUN Changkat Jong untuk terus berkhidmat kepada masyarakat serta menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Pagi tadi, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah turun padang meninjau di Taman Muhibbah, Batu Enam yang menghadapi masalah sampah yang sudah lama tidak dikutip oleh pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan serta longkang yang pecah dan tersumbat.
Menurut wakil penduduk taman perumahan tersebut, pihak kontraktor yang diberi tanggungjawab telah gagal melaksanakan pengutipan sampah sehingga menyebabkan pelbagai masalah seperti bau yang busuk, menjadi tempat tumpuan anjing, serta boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
Longkang tersumbat.
Di samping itu, YB Haji Anuar turut dibawa meninjau masalah longkang di taman perumahan yang sudah pecah yang mengakibatkan selalu tersumbat. Ini boleh mebawa kepada pembiakan nyamuk aedes.
Mengulas akan masalah tersebut, YB Haji Anuar mempertikakan bagaimana sebuah syarikat yang telah diberi kontrak mengangkut sampah dan pembersihan longkang tidak menjalan tugas tersebut begitu lama.
"Lebih pelik lagi, bagaimana pihak majlis (MPTI) tidak dapat mengesan masalah ini. Adakah sistem pemantauan pihak majlis tidak berkesan atau bagaimana ?" tanya beliau.
Menurut beliau lagi, di dalam kenyataan Dato' Seri Haji Nizar semalam sejurus mengetahui keputusan mahkamah, beliau amat mengharapkan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak kerajaan BN dalam menyelesaikan masalah rakyat. Haji Nizar juga berjanji bersama-sama ADUN-ADUN PR Perak untuk melaksanakan kerja sebagai wakil rakyat sebaik mungkin dan sentiasa memantau setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
Apa dah jadi..? Lepas tanam paip, jalan jadi rosak.
Mengambil kesempatan melawat penduduk sekitar Taman Muhibbah.
ar_rawa

1 ulasan:
Pada seluruh pendokong pr semua ...ayuh bantu adun changkat jong kita tu..
jgn lupa 26hb feb jamuan mkn mlm . dapatkan kupon kat wk saipudin sg smk. tak datang makan tak per.. yg penting sumbangan utk tabung dun ckt jong..
Catat Ulasan