"GERILA POLITIK" UNTUK TAWAN SEMULA PERAK - MAHFUZ
>> 12 Februari 2010
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata :
- Seluruh jentera Pakatan Rakyat Perak perlu menggunakan pendekatan 'gerila politik' bagi terus mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat negeri itu jika mahu pakatan rakyat menguasai semula pada Pilihan Raya akan datang.
- 'Gerila politik' adalah pendekatan bertemu rakyat secara langsung di tempat tumpuan mereka dan menjelaskan rekod kejayaan pakatan sepanjang 11 bulan memerintah negeri itu berbanding 50 tahun diperintah Umno.
- Bukan angkat senjata berperang ala-ala gerila. 'Gerila Politik' ialah buat program penerangan di kedai kopi, Pasti, padang bola, sekolah melalui PIBG atau rumah secara kecil-kecilan tetapi mesti banyak dan berterusan.
- Starategi itu berkesan kerana rakyat rasa seperti diambil peduli malah lebih penting mereka terasa dekat dengan Pakatan Rakyat.
- Kita 'Gerilawan Politik' perlu kembali mendekati para pemimpin masyarakat, agamawan, Pengerusi PiBG, Pengerusi Persatuan Kemasyarakat dan sebagainya kerana mereka secara fundamental, tidak menyokong tindakan Umno kudeta kerajaan Perak.
- "Kalau boleh buat kenduri kecil-kecilan, minum-minum teh sambil mencicah roti empat segi dan jentera kita perlu banyak mendengar dari banyak bercakap.
- Selain itu, penguasaan terhadap teknologi semasa seperti jaringan soaial facebook, twitter, blog, youtube dan sebagainya harus diambil berat dan dimaksimumkan penggunaannya untuk tujuan sama.
- Pakatan Rakyat Perak pada waktu ini sedang berada pada 'fasa ketiga' iaitu fasa selepas memerintah (fasa pertama) dan dirampas kuasa (fasa kedua).
- Berada di fasa ini jelasnya, Pakatan Rakyat sewajarnya menjadi lebih kuat kerana sudah masak melalui fasa pertama dan kedua.
0 ulasan:
Catat Ulasan