MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG DI LADANG SRI INTAN
>> 07 Februari 2010
TELUK INTAN, 6 Februari - Atas inisiatif Kelab Penyokong PAS dan wakil penduduk, satu majlis ramah mesra bersama ADUN Changkat Jong telah diadakan. Majlis telah diadakan di pekarangan rumah seorang penduduk di Ladang Sri Intan (dulu dikenali Ladang Nova Scotia) dekat Teluk Intan. Majoriti penduduk di sana ialah kaum India.
YB Anuar disambut mesra oleh penduduk estet.
Bagi YB Haji Mohd. Anuar Sudin, ini bukanlah kali pertama beliau masuk ke ladang tersebut. Malah beliau bukan lagi asing kepada penduduk di sana. Setiap kali ada kematian atau sebarang majlis, beliau akan hadir.
Majlis ramah mesra telah diadakan pada pukul 5.30 petang. Lebih 50 orang penduduk estet telah hadir ke majlis tersebut untuk bertemu dengan wakil rakyat mereka.
Majlis telah dipengerusikan oleh Sdr. Prakash, seorang pemuda yang gigih membantu gerak kerja pilihan raya lalu dan membantu ADUN Changkat Jong dalam urusan masalah rakyat di sana.
Sdr. Prakash, pengerusi majlis petang itu yang banyak membantu.
Antara pimpinan PAS Kawasan dan KPP yang turut hadir.
Masyarakat estet hadir beramai-ramai.
Di dalam ucapan, YB Haji Anuar telah banyak menerangkan tentang konsep persaudaraan dalam Islam dan perhubungan antara orang Islam dengan bukan Islam. Beliau juga menyatakan bahawa Islam melarang umatnya menghina agama lain apatah lagi merosakkan tempat-tempat ibadat mereka.
Selain itu, beliau juga berkata dalam politik Islam, aspek kebajikan rakyat sangat diutamakan.
"Kita bernasib baik kerana semasa PR memerintah Perak, kesemua rakan DAP dan PKR bersetuju mengamalkan nilai-nilai pentadbiran Islam yang di ketuai oleh MB Haji Nizar," kata beliau.
Majlis diakhiri dengan YB Anuar bersama-sama penduduk menikmati minum petang.
Turutu hadir ialah Timbalan YDP PAS Teluk Intan, Pengerusi Kelab Penyokong Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Sdr. Mohammad Hamzah.
Menikmati minum petang.
Sdr. Prakash mengalngkan bunga malai kepada YB.
ar_rawa

1 ulasan:
kami para pengundi dun chkt jong memang cukup tabik dengan yb hj anuar sudin. 50 tahun tak pernah jumpa yb yg cukup prihatin dengan rakyat kat estet.
aku taulah pasal beliau kerap turun kat persisiran sg bernam yg ada banyak estet di situ . ulu bernam, ldg sg samak estet, erong. ldg sg dua dll.
kami akan pastikan beliau terus mempertahankan dun ini dari bn... takbir
Catat Ulasan