TAK PAYAH PERGILAH CERAMAH FITNAH NI...
>> 24 Februari 2010
Dia sanggup membongkar perkara yang tidak wujud atas nama ceramah 'MEMBONGKAR RAHSIA'. Dianjurkan pula oleh Pergerakan Pemuda yang berhati tua.tu...
Inilah kerja si mamat kaki bongkar ni.
Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim)
Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
ar_rawa
4 ulasan:
gunakan calculator klau nak ngira jmlah khadiran sok..khadiran d jangka melimpah smpai kat dlm parit..nan sg samak akan hadir utk mngira kehadiran pendengar..hadin akan menggunakan tasbih gigi untanya utk mengira kehadiran pd mlm tu...sama2 kita hadir utk menjala ikat sepat di parit yg dilimpahi pendengar pd mlm tu nanti...
Saya harap... paling tidak pun datang la sorang supaya dapat diambil gambar ceramah tsbt bagi membuktikan tahap sokongan yg diterima dan kemudiannya diuploadkan dlm blog, supaya kita dpt tahu tahap sebenar sokongan yg diterima oleh pihak sebelah sana!
Jgn kita dok yakin sangat dgn sokongan yg kita terima...
aku tetap akan datang. takkan korang tak tau yang aku dulu pun sekapal dengan mamat tu...
tapi... bukan aku datang tempat mamat sesumpah tu nak melabun...lebih baik aku promosi program score a kat sahabat2 yang nakkan anakya berjaya dlm upsr, pmr dan spm.
walau bagaimanapun aku tau... tentu ramai yang datang nak jumpa mamat tu.. tak cayer.. tanyala hamdan taha ngan bebudak sg smk yang baru belajor berpolitik..ngalahkan otai2 pesisiran cam sidang [ops] bekas ..isa, wk pin n wk bani.
selamat bejuang ezam.. tobatlah..engkau jerlah yg betui..
Ceramah dapat sambutan.. lebih dpd seribu org datang..
Catat Ulasan