S/U POLITIK MENTERI KANAN KENA TAHAN BAWAK DUIT RM2 JUTA TUNAI...sapa tu...?
>> 14 Februari 2010
Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.
Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.
Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.
Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.
Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.
Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.
Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.
Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.
Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.
Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.
Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.
Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.
Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.
Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.(mstaronline)
2 ulasan:
isu yg ni tak kuar kat utusan & berita ler...depa sibuk ngenakan guan eng bab maulud nabi...klau isu ni tak de tindakan yg swajarnya dr sprm..tak tau lg la nak kata apa dah...pada hal isu ni kat penang gak...klau ler khalid,nik aziz,azizan kena isu ni...emmmm alamat tak ckup muka surat ler...hadiah kek pn gegar 1malaysia...ni kira sunyi 1malaysia...tak pn perkasa BUAT DEMO la plak...perkasa yg memperkasakan pemimpin umno ada ler..tak gitu nan sg samak...pokok gaharu jgn siram selalu nti akarnya busuk cam umno yg telah busuk dr usus smpai ke tapak kaki...tu kata Tun....he e e ..yg penting kita perkasakan agama islam bkan umatnya yg diperkasakan untuk memperkasakan umno...dah perkasa maka jadilah RAKSAKSA...kah kah kah...jgn smpai pokok gaharu jd pokok perkasa...
ape kene gaharu aku ngan setpol peram duit juta2 tuu... aku ade gak simpan tapi takat juta rupiah jer...
jgn lepas ni ade pulak puak sprm serbu kat projek nursery gaharu aku udah...baja taik ayam n taik kambing ade ler juta2 bijik.
walau papa pun aku arap lepas ni berahim katak pun buat demo pasal setpol 1msia ni..tunjuk kan keperkasaan katak mu berahim,..
tabik kat tok ayah ajis suroh zaharin lepas jawatan mp bayan baru..kalu betul anak jantan.... bertarong ler kite.... kat pp lagi..kan ker gitu nadin
Catat Ulasan