MARI KITA BERTARUNG DI "MAHKAMAH RAKYAT" WAHAI ZAMBRY...
>> 09 Februari 2010
PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.
Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.
Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.
Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.
“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.
Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.
Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.
“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.
Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.
Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.
4 ulasan:
Takziah kerana kematian demokrasi dimalaysia tercinta.
Tahniah kepada DS Nizar yang diharap terus mengetuai kami menghidupkan kembali sisa2 demokrasi yg semakin berkubur. mahkamah, polis, sprm ,spr,dan rakan2 sewaktu dengannya rela jadi batu nisan tanda kematiannya.
Kami berjanji akan terus membantu sedaya mungkin disetiap penjuru kanan kiri depan belakang atas bawah tepi dan sekeliling dengan kudrat serta iradat kamu dengan restu allah taala akan terus membantu sedaya mungkin..
insyaallah 26 hb feb ini kita akan berjumpa di jamuan makan malam pas kawasan teluk intan...
buang masa cabar mamak zambry...ayuh kita bekerja untuk pru13....
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
ADA 2 MANUSIA YANG MARAH KEPADA ALLAH SWT KERANA MEMENUHI ATAU MEMPERKENAN DOA DALAM SHOLAT HAJAT ZAMRY (ORANG ISLAM) DAN JUAK JUAK NYA UNTUK MENJADI KHALIFAH DI BUMI PERAK
1) TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT (ORANG ISLAM)
2) DATUK SERI NIZAR JAMALUDIN (ORANG ISLAM)
Allah SWT telah penuhi hajat MB Zambry dengan juak juaknya ,ini bermakna DS Nizar wajib hormati keputusan Mahkamah dunia.Saya ulangi Allah SWT telah kabulkan doa MB Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak .
DS Nizar tolong lah jangan buat perkara yang bodoh , DS Nizar wajib terima kehendak Allah SWT . Buat kerja yang di amanahkan oleh rakyat baik di ADUN mahu pun di Parlimen .DS Nizar hentikanlah impian untuk menjadi Menteri Besar Perak . Buat kerja menjadi wakil rakyat di ADUN dan Parlimen kawasan yang dimenangi DS Nizar .DS Nizar tolonglah buang jauh jauh impian untuk menjadi Menteri Besar Perak .Allah SWT telah pilih Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak . Jangan lawan keputusan Allah SWT . Allah SWT lah yang mencipta alam semesta dan seisinya . Jangan melawan kehendak Allah SWT . DS NIzar wajib terima hakikat ini . Jangan dok layan lagi kerenah atau batu api DAP . DS Nizar katakanlah kepada pihak DAP bahawasanya Allah SWT telah penuhi hajat Zambry menjadi Menteri Besar Perak . So DS Nizar turun padang dan buat kerja yang diamanahkan kawasan DS Nizar . Dan jangan lupa DS Nizar buat sholat taubat kalau boleh. Dan dambinglah isteri dan anak anak DS Nizar mulai sekarang , hentikanlah impian untuk Menjadi Menteri Besar Perak.
Udah le. Dah menang tu, udah le. Toksah nak bising2. Tp jaga2. Kami akan dtg pada PRU13. Tungguuuuu...!!
dulu masa ds nizar di umum mb perak kenapa plak di bantah mengata org dia yg lebih....
Catat Ulasan